SISTEM DAN APLIKASI MUDAH ALIH E-UNDI BAGI MAJLIS PENGUNDIAN DAN PEMILIHAN CALON-CALON PENGHULU MUKIM DAN KETUA KAMPONG (PMKK)
E-Undi
PMKK ialah sistem berasaskan web yang dapat digunakan bagi pembuangan
undi untuk memilih calon-calon Penghulu Mukim dan Ketua Kampung sebagai
alternatif tambahan kepada kaedah pembuangan undi yang sedia ada iaitu
secara konvensional.
Penduduk-penduduk
kampong bolehlah mendaftar sebagai pengundi dengan menggunakan Aplikasi
Mudah Alih E-Undi PMKK dengan memuat turun dari “App Store” atau
“Google Play”. Aplikasi mudah alih E-Undi PMKK ini boleh diakses
menggunakan akaun e-Darussalam.