Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM PERINGKAT DAERAH BELAIT TAHUN 1445H / 2023M

DSC06870M.jpg

Kuala Belait – 28 September – Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam diadakan diseluruh negara secara serentak di keemapt-empat daerah. Bagi Daerah Belait sambutan ini diadakan di Padang Bandaran, Kuala Belait. Hadir selaku tetamu khas ialah Yang Berhormat, Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam.

 


DSC06878M.jpg

DSC06891M.jpgDSC06891M.jpgDSC06902M.jpg

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Yang Mulia Awang Abdul Qayyum bin Haji Aminuddin, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid RPN Kampung Pandan Kuala Belait dan bacaan intisari oleh Yang Mulia Awang Md Sufri Kamaluddin bin Morsidi, Guru Ugama Terlatih, Sekolah Ugama Pengiran Setia Negara Pengiran Mohd Yusof,

Majlis diserikan dengan Tazkirah Khas bertajuk “Sunnah Dihayati, Hidup Diberkati" yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr Awang Muhammad Yadiy bin Haji Mat Yassin, Pensyarah Sambilan, Pusat Bahasa, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dan juga Persembahan Tausyeh daripada murid-murid Sekolah Ugama Pengiran Setia Jaya Pengiran Abdul Momin serta Persembahan Dikir Marhaban yang dipersembahkan oleh gabungan Guru-Guru Ugama & Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Daerah Belait.

DSC07213M.jpgDSC07207M.jpg



Pada majlis tersebut Tetamu Khas juga diperkenalkan kepada Ketua-Ketua Pasukan dan seterusnya menyampaikan Sijil Penyertaan kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Seramai 35 buah pasukan yang mengandungi lebih kurang 2,296 orang peserta menyertai perarakan.

 

Sebelum perarakan mengelilingi Pekan Belait, Bacaan Sayyidul Istighfar, Doa Selamat dan Seruan Tiga Kali Selawat yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Muhammad Nor Islam bin Mohd. Suria, Imam Tingkat III, Masjid Kampung Sungai Teraban Kuala Belait

 

***** Perarakan sejauh 3.4 kilometer dimulai dari Padang Bandaran, seterusnya melalui Jalan Maulana dan memasuki Jalan Panglima, Jalan Bunga Raya, Jalan Dato Shahbandar, Jalan Sultan dan seterusnya perarakan berakhir Padang Bandaran.

 

Hadir sama pada majlis ini ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dari Daerah Belait, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Ketua-Ketua Jabatan dan Cawangan Jabatan Kerajaan Daerah Belait, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Pengurus-Pengurus dan Wakil Pengurus-Pengurus Syarikat Swasta dan Persatuan-Persatuan.

 

Sementara itu di Dewan Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan Sultan Omar 'Ali Saifuddien telah diadakan Majlis Perhimpunan Wanita. Tetamu Khas pada perhimpunan tersebut ialah Yang Mulia, Datin Dayang Hajah Mahayon binti Haji Mohd Taha, Isteri Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

 

Majlis dimulakan dengan Bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Ustazah Hajah Rohani binti Haji Moksin, Pegawai Pendidikan Ugama, Jabatan Pengajian Islam.

 

Pada Majlis Perhimpunan Wanita tersebut, Ceramah bertajuk 'Sunnah Dihayati Hidup Diberkati' disampaikan yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustazah Dayang Siti Amal Zakiah binti Haji Md Yusof, Da'ie Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).

 

Majlis juga turut diserikan dengan Persembahan Tausyeh 'Ya Sayyida Sadat & Ahlunnuha' dari Guru-Guru Ugama Daerah Belait, Jabatan Pengajian Islam dan Persembahan Dikir Marhaban dari Persatuan Kebajikan Perempuan Daerah Belait (PKP).

 

 Majlis disudahi dengan bacaan Doa Selamat.

 

Tema sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam tahun ini ialah “SUNNAH DIHAYATI, HIDUP DIBERKATI".


Created at 15/11/2023 16:11 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 15/11/2023 16:35 by Mohammad Rushdi Bin Jahis