Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

UPACARA MENURUNKAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-39, TAHUN 2023


IMG_5329.jpg

Kuala Belait, 25 Februari 2023 – Bendera yang berkibar di kawasan Menara Cendera Kenangan, Kuala Belait diturunkan pada hari ini bagi menandakan sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke 39 Tahun berakhir.

IMG_5305.jpg

IMG_5315.jpgIMG_5316.jpg

IMG_5325.jpg

IMG_5335.jpgIMG_5337.jpg

Hadir selaku menyaksikan upacara penurunan bendera tersebut ialah Yang Mulia, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Yang Mulia, Ketua-Ketua Jabatan dan Cawangan Daerah Belait, Penghulu-Penghlu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Ketua-Ketua Rumah Panjang, wakil-wakil dari pihak swasta dan wakil dari persatuan-persatuan.

Upacara dimulakan dengan pasukan Pengibar Bendera Negara Brunei Darussalam bergerak masuk yang terdiri daripada anggota-anggota Pasukan Polis Di Raja Brunei yang akan menurunkan bendera.

Kemudian nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam “Allah Peliharakan Sultan" dinyanyikan oleh Kumpulan Koir dari Pusat Tingkatan Enam Belait.

Selepas menyanyikan lagu kebangsaan, bendera diturunkan oleh Pasukan Pengibar Bendera dan diserahkan kepada Pemangku Pegawai Daerah Belait untuk disimpan.

IMG_5346.jpgIMG_5341.jpgIMG_5344.jpg

Majlis disudahi dengan Bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Awang Mohd Shahirwandy bin Samsudin, Imam Masjid Pekan Seria.

Dengan adanya majlis tersebut menandakan bahawa aturcara sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berakhir. Orang ramai hendaklah menurunkan bendera mereka mulai dari hari ini dan hendaklah melipatnya dengan kemas serta menyimpannya ditempat yang bersesuaian.


Created at 28/02/2023 12:51 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 28/02/2023 13:38 by Mohammad Rushdi Bin Jahis