Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS KESYUKURAN SEMBAHYANG FARDU MAGHRIB DAN ISYAK BERJEMAAH, MEMBACA SURAH YAA SIIN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NBD KE-39 TAHUN


IMG_5037.jpg


Kuala Belait - 22 Februari 2023 - Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD Ke-39 Tahun diadakan secara serentak di keempat-empat buah daerah di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara, petang tadi.

Masjid yang menjadi tumpuan utama di Daerah Belait bagi majlis berkenaan ialah di Masjid Mohammad Jamalul Alam. Hadir pada majlis berkenaan, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad.

 


IMG_5018.jpgIMG_5031.jpg ​

Hadir pada majlis berkenaan, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad. Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat yang diimamkan oleh Ketua Imam Masjid Mohammad Jamalul Alam, Awang Mohammad Hilmi bin Yakop.

IMG_5012.jpgIMG_5040.jpg

Majlis diteruskan lagi dengan membaca Surah Yaa Siin beramai-ramai yang juga diketuai oleh Awang Mohammad Hilmi. Sementara itu, Doa Kesyukuran pula dibacakan oleh Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Awang Mohammad Aliyani bin Ismail.

Muazzin Solat Maghrib dan Isyak pula ialah Imam Masjid Mohammad Jamalul Alam, Awang Haji Alias bin Bakar.

Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah yang juga diimamkan oleh Awang Mohammad Hilmi.​

IMG_5044.jpgIMG_5044.jpg
Hadir sama, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah juga selaku Ketua Kampung Bukit Sawat; Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Awang Akop bin Lamat dan para penduduk di sekitar masjid berkenaan.




Created at 28/02/2023 11:44 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 28/02/2023 16:40 by Mohammad Rushdi Bin Jahis