Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

UPACARA MENAIKKAN BENDERA KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-39 BAGI DAERAH BELAIT TAHUN 2023


2023-02-16 12 (1 of 1).jpg


Kuala Belait, 16 Februari 2023 – Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39 Tahun Bagi Daerah Belait diadakan di Taman Persiaran Cendera Kenangan, Jalan Sungai, Kuala Belait. Hadir menyaksikan upacara tersebut ialah Haji Amirol Hafidzin bin Haj Muhammad, Pemangku Pegawai Daerah Belait.





2023-02-16 3 (1 of 1).jpg2023-02-16 3 (1 of 1).jpg 

2023-02-16 6 (1 of 1).jpgIMG_4869a.jpg

Majlis dimulakan dengan kehadiran pembawa Bendera Negara Brunei Darussalam iaitu Mohammad Yassin bin Haji Ahmed, Penolong Pegawai Daerah Belait dan disambut oleh penuntut yang memegang bendera terdiri dari Kadet Tentera dan Kadet Polis dari Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah dan Maktab Anthony Abel.

Sebaik sahaja rombongan tiba, bacaan Surah Al-Fatihah dan Bacaan Doa Selamat diketuai oleh Awang Abdul Qayyum bin Haji Aminuddin, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan, Kuala Belait bagi memohon kepada Allah SWT agar Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39 mendapat keberkatan dan rahmat dariNya.

Pegawai Daerah Belait seterusnya menyerahkan Bendera kepada Pasukan Polis Diraja Brunei Cawangan Kuala Belait untuk dikibarkan. Upacara Menaikkan Bendera diiringi dengan Lagu “Allah Peliharakan Sultan" dan seterusnya persembahan lagu “Bendera Negara" dari Kumpulan Koir dari Pusat Tingkatan Enam Belait.


2023-02-16 49 (1 of 1)a.jpg2023-02-16 9 (1 of 1).jpg2023-02-16 30 (1 of 1).jpg 

2023-02-16 18 (1 of 1).jpg2023-02-16 19 (1 of 1).jpg 

2023-02-16 20 (1 of 1).jpg2023-02-16 22 (1 of 1).jpg2023-02-16 26 (1 of 1).jpg 

IMG_4924.jpgIMG_4928.jpgIMG_4931.jpgIMG_4938.jpgIMG_4943.jpg

Selesai sahaja persembahan, Pegawai Daerah Belait menyerahkan bendera-bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu dan Pemangku-Pemangku Penghulu Mukim di Daerah Belait serta wakil dari persatuan-persatuan untuk dikibarkan.

 Salah satu peranan dan tanggungjawab rakyat dan penduduk Negara ini secara individu dalam sama-sama meraikan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ialah mengibarkan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam di halaman rumah masing-masing, iaitu sebagai simbol patriotik kepada negara dan taat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan menurunkannya mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

Hadir pada majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Jabatan dan Cawangan Daerah Belait, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, pihak-pihak Swasta serta Ahli-Ahli Persatuan.

Bendera yang dikibarkan ini akan diturunkan pada Hari Jumaat, 25 Februari 2022.


Created at 27/02/2023 11:41 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 28/02/2023 11:18 by Mohammad Rushdi Bin Jahis