Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PENGUNDIAN DAN PEMILIHAN PENGHULU MUKIM LIANG, DAERAH BELAIT


DSC07009A.jpg

LIANG, BELAIT, 29 Januari 2023 – Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Penghulu Mukim Liang, Daerah Belait telah diadakan hari ini bertempat di Dewan Serbaguna, Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Lumut, Daerah Belait.

Pengundian pada 28 dan 29 Januari 2023 adalah menggunakan kaedah kertas undi (ballot papers). Manakala, pengundian menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK telah bermula pada hari Jumaat, 27 Januari 2023 pada jam 08.00 pagi.

 DSC07007.jpg

Hadir di Majlis tersebut ialah Yang Mulia, Awang Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Md Salleh bin Haji Othman, Penghulu Mukim Bukit Sawat dan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah, Ketua Kampung Bukit Sawat, Yang Mulia, Dayang Jaimah binti Tuah, Ketua Bahagian Daerah di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Belait, Pemangku Penghulu Mukim Liang, dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung di Mukim Liang, Daerah Belait.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Yang Mulia, Awang Md. Didi Normady bin Haji Awang Ahmad, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Zainab Lumut. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Pegawai Daerah Belait.

Seramai 2 orang calon yang layak bagi jawatan Penghulu Mukim Liang. 

DSC06904A.jpgDSC06860B.jpg

Calon Pertama ialah Yang Mulia Awang Hasmi bin Haji Matasim, berusia 41 tahun dan pada masa ini bertugas sebagai Pegawai Kerja di Pejabat Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Brunei dari Universiti Brunei Darussalam.

 DSC06801A.jpgDSC06860A.jpg

Manakala calon kedua ialah Haji Mohamad Yamin bin Haji Abdul Ranni, berusia 37 tahun dan pada masa ini bertugas sebagai Penolong Pensyarah di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.  Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana dalam Sastera Timur Tengah dan Pengajian Islam dari University of Exeter, United Kingdom.

DSC06992A.jpgDSC06990A.jpgDSC06997A.jpgDSC07003A.jpgDSC06909A.jpg



Seramai 309 orang penduduk Mukim Liang yang berdaftar dan layak mengundi telah mengundi calon untuk mengisikan kekosongan jawatan Penghulu Mukim Liang. Dimana 75 orang (24%) telah mengundi menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK dan 234 orang (76%) menggunakan kertas undi (ballot paper). Daripada jumlah yang telah mengundi tersebut, seramai 122 orang memilih Awang Hasmi bin Haji Matasim manakala 187 memilih Haji Mohamad Yamin dan tidak ada undi rosak.


Keputusan pengundian yang diperolehi akan dibawa dan digunakan dalam menyediakan sokongan yang mana seterusnya dihadapkan kepada Lembaga Perjawatan, Disiplin, Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses yang selanjutnya.

DSC06815A.jpgDSC06818A.jpgDSC06889A.jpg


Created at 01/02/2023 14:55 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 01/02/2023 16:32 by Mohammad Rushdi Bin Jahis