Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PENGUNDIAN DAN PEMILIHAN CALON KETUA KAMPUNG PERUMAHAN NEGARA LORONG TENGAH SERIA, MUKIM SERIA, DAERAH BELAIT


IMG_4297AA.jpg

SERIA, 22 JANUARI 2023 – Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Perumahan Negara Lorong Tengah Seria, Mukim Seria telah diadakan hari ini bertempat di Dewan Pejabat Daerah, Seria, Daerah Belait.

Pengundian pada hari ini menggunakan kaedah kertas undi (ballot papers). Manakala, pengundian menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK telah bermula pada hari Jumaat, 20 Januari 2023 pada jam 08.00 pagi.




IMG_4264A.jpgIMG_4284A.jpg

Hadir di Majlis tersebut ialah Yang Mulia, Awang Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Md Salleh bin Haji Othman, Penghulu Mukim Bukit Sawat dan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah, Ketua Kampung Bukit Sawat, Yang Mulia, Dayang Jaimah binti Tuah, Ketua Bahagian Daerah di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penolong Pegawai Daerah Belait, Pemangku Penghulu Mukim Seria dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung di Mukim Seria, Daerah Belait.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Yang Mulia, Awang Haji Noor Azhar bin Haji Harith, Imam Masjid STKRJ Lorong Tiga Selatan Seria. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Pegawai Daerah Belait.


IMG_4209A.jpgIMG_4215A.jpgIMG_4216A.jpg

Calon tunggal yang layak bagi jawatan Ketua Kampung Perumahan Negara Lorong Tengah Seria, Mukim Seria ialah Yang Mulia Awang Muhammad Syaiful Faizal bin Angas, berusia 42 tahun ( gambar kiri ) dan pada masa ini bertugas Guru Ugama Terlatih dari Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Beliau berkelulusan Sijil Perguruan Ugama dari Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. sementara.  

IMG_4219A.jpgIMG_4221A.jpgIMG_4229A.jpgIMG_4239A.jpg

IMG_4242A.jpgIMG_4253A.jpgIMG_4257A.jpgIMG_4260A.jpg

Seramai 61 orang penduduk kampung yang berdaftar dan layak mengundi telah mengundi calon untuk mengisikan kekosongan jawatan Ketua Kampung Perumahan Negara Lorong Tengah Seria, Mukim Seria, dimana 25 orang (42%) telah mengundi menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK dan 36 orang (58%) menggunakan kertas undi (ballot paper). Daripada jumlah yang telah mengundi tersebut, seramai 61 orang bersetuju manakala tidak ada undi rosak.

IMG_4273A.jpgIMG_4278A.jpg

Keputusan pengundian yang diperolehi akan dibawa dan digunakan dalam menyediakan sokongan yang mana seterusnya dihadapkan kepada Lembaga Perjawatan, Disiplin, Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses yang selanjutnya.


Created at 24/01/2023 12:25 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 24/01/2023 13:45 by Mohammad Rushdi Bin Jahis