Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS SEMBAHYANG FARDHU ASAR BERJEMAAH, MEMBACA SURAH YASSIN SERTA MEMBACA DOA KHAS SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 1444H / 2022M

IMG_3083 w5.jpg

KUALA BELAIT - 03 Rabuilawal 1444H / 29 September 2022M - Majlis Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah, Membaca Surah Yaasin serta Membaca Doa Khas Sempena Hari Perkhidmatan Awam Ke-29 Tahun 2022 telah diadakan di Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan, Kuala Belait.

Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia, Dato Seri Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw, Timbalan Menteri, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri. Hadir sama ialah Yang Mulia Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokumunikasi dan Yang Mulia Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.


IMG_3060 w3.jpg

IMG_3072 w4.jpgIMG_3046 w1.jpg

IMG_3058 w2.jpg

Turut hadir ialah Pemangku Penolong Pegawai Daerah Belait, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung serta Warga Perkhidmatan Awam.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah dan sesudah itu bacaan Surah Yaasin beramai-ramai dan Doa Khas Sempena Hari Perkhidmatan Awam yang dibacakan oleh Imam Masjid RPN Pandan


Created at 14/11/2022 12:51 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 14/11/2022 13:03 by Mohammad Rushdi Bin Jahis