Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS TADARUS AL-QURAN BULAN RAMADHAN MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG BERSERTA ROMBONGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATANNYA TAHUN 1443H/2022M KE DAERAH BELAIT

IMG_8833 C1.jpg

Kuala Belait, 26 Mei - Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Berserta Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatannya Tahun 1443H/2022M diteruskan lagi pada hari ini di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

 

Hadir sama di majlis tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin selaku Penghulu Mukim Liang dan Pemangku Penghulu Mukim Kuala Belait, Yang Mulia Awang Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Yang Mulia Awang Azmi Bin Haji Hafneh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Ketua-Ketua Jabatan dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Belait berserta penduduk Kampung sekitarnya.

IMG_8825 C2.jpg 

Majlis dimulakan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan wakaf yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kepada Yang Mulia Awang Akup bin Haji Lamat, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait.

IMG_8864 C7.jpgIMG_8875 C8.jpgIMG_8879 C8.jpg

IMG_8882 C9.jpgIMG_8890 C10.jpgIMG_8892 C11.jpg
IMG_8895 C12.jpgIMG_8897 C13.jpg

IMG_8855 C6.jpg

IMG_8832 C3.jpgIMG_8838 C4.jpgIMG_8848 C5.jpg

Majlis diteruskan dengan majlis bacaan Tadarus Al-Quran yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Akup bin Haji Lamat, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait dan kemudiannya diteruskan dengan Bacaan Tahlil. Majlis disudahi dengan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah.

Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadan Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung Berserta Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatannya Tahun 1443H/2022M ini merupakan salah satu usaha kementerian dalam mendekatkan lagi hubungan silaturahim antara kementerian dengan kepimpinan akar umbi dan penduduk-penduduk mukim dan Kampung di Daerah Belait.  Aktiviti ini juga adalah merupakan salah satu aktiviti keugamaan tahunan kementerian dalam meraih kemanfaatan dan pahala di bulan Ramadhan di samping memakmurkan masjid-masjid berkenaan bersama penduduk-penduduk kampung di keempat-empat daerah. 


Created at 19/10/2022 16:47 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 20/10/2022 11:42 by Mohammad Rushdi Bin Jahis