Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

UPACARA MENAIKKAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-38 BAGI DAERAH BELAIT TAHUN 2022

IMG_8638 W1.jpg

Kuala Belait, 16 Februari 2022 – Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-38 Bagi Daerah Belait Tahun 2022 diadakan di Taman Persiaran Cendera Kenangan, Jalan Sungai, Kuala Belait.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia, Awang Mohamad Yassin bin in Haji Ahmed, Pemangku Pegawai Daerah Belait.




IMG_8601 W3.jpgIMG_8603 W2.jpg

IMG_8617 W4.jpgIMG_8615 W4.jpg

Majlis dimulakan dengan kehadiran Tetamu Kehormat dan bacaan Surah Al-Fatihah dan Bacaan Doa Selamat diketuai oleh Awang Abd. Qayyuum bin Haji Aminuddin, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid RPN Kampung Pandan, Kuala Belait.

Pemangku Pegawai Daerah Belait seterusnya menyerahkan Bendera kepada Tetamu Kehormat yang mana bendera tersebut diserahkan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei, Kuala Belait untuk dikibarkan.

IMG_8620 W4.jpgIMG_8625 W5.jpg

IMG_8628.JPGIMG_8643.JPG 

​Selesai sahaja pengibaran bendera, Tetamu Kehormat berkenan menyerahkan bendera-bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu  dan Pemangku-Pemangku Penghulu Mukim di Daerah Belait ini untuk dikibarkan di Mukim masing-masing selepas acara ini dijalankan. Tetamu Kehormat juga turut menyampaikan bendera kepada wakil-wakil persatuan di daerah ini.

IMG_8667 v1.jpgIMG_8674 v2.jpg

IMG_8672 v3.jpgIMG_8671 v4.jpgIMG_8676 v5.jpg

IMG_8678 v6.jpgIMG_8680 v7.jpgIMG_8682 v8.jpgIMG_8684 v9.jpgIMG_8688 v10.jpg

Salah satu peranan dan tanggungjawab rakyat dan penduduk Negara ini secara individu dalam sama-sama meraikan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ialah mengibarkan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam di halaman rumah masing-masing, iaitu sebagai simbol taat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan menurunkannya mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ketua-Ketua Jabatan dan Cawangan jabatan kerajaan, Syarikat-syarikat Swasta dan Persatuan-Persatuan di Daerah Belait.

Bendera yang dikIbarkan ini akan diturunkan pada Hari Jumaat, 25 Februari 2022.


Created at 19/10/2022 10:23 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 19/10/2022 14:43 by Mohammad Rushdi Bin Jahis