Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PENGUNDIAN DAN PEMILIHAN CALON KETUA KAMPUNG SUNGAI LIANG, MUKIM LIANG, DAERAH BELAIT


IMG_8468.png

Mukim Liang, Belait, 12 Februari 2022 – Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Sungai Liang telah diadakan secara pandu lalu (drive-thru) pada hari ini bertempat di Dewan Serbaguna SPARK, Mukim Liang, Daerah Belait.

Pengundian pada hari ini menggunakan kaedah tablet (offline voting) dan kertas undi (ballot papers). Manakala, pengundian menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK telah bermula pada hari Jumaat, 11 Februari 2022 pada jam 8.00 pagi.

Hadir di Majlis tersebut ialah Yang Mulia, Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin selaku Penghulu Mukim Liang, Dayang Jaimah binti Tuah, Ketua Bahagian Kuasa Tempatan dan Perpaduan (Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Belait dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung di bawah Mukim Liang, Daerah Belait.

IMG_8532.pngIMG_8540.png 

IMG_8461.pngIMG_8451.pngIMG_8446.png 

IMG_8438.pngIMG_8432.png 

IMG_8519 B.png

IMG_8549.pngIMG_8556.png

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Md Ikhwan bin Irwandy, Imam Masjid Kg Sg Liang, Daerah Belait. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada Pengerusi-Pengerusi Bersama Majlis, Yang Mulia Awang Mohamad Yassin  bin Haji Ahmed, Pemangku Pegawai Daerah Belait dan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Liang.

Calon tunggal yang layak bagi jawatan Ketua Kampung Sungai Liang ialah Awang Mohammad Haszrin Bin Bagol berusia 34 tahun yang merupakan graduan Sarjana Muda (Usuluddin) dari Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA). Beliau pernah menjadi Pelapis Bilal di Masjid Kampung Sungai Liang dan beliau berkebolehan mengetuai dalam acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan.

Seramai 140 orang penduduk kampung daripada seramai 193 orang yang berdaftar dan layak mengundi telah mengundi calon untuk mengisikan kekosongan jawatan Ketua Kampung Sungai Liang. Dimana 22 orang (11.4 %) telah mengundi menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK dan 118 orang (61.1 %) menggunakan kertas undi (ballot paper). Daripada jumlah yang telah mengundi tersebut, seramai 70 orang bersetuju dan 67 orang tidak bersetuju, manakala sebanyak 3 undi rosak.

Keputusan pengundian yang diperolehi akan dibawa dan digunakan dalam menyediakan sokongan yang mana seterusnya dihadapkan kepada Lembaga Perjawatan, Disiplin, Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses yang selanjutnya.

Created at 25/06/2022 13:27 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 19/10/2022 11:43 by Mohammad Rushdi Bin Jahis