Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

UPACARA MENAIKKAN BENDERA KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-37 BAGI DAERAH BELAIT TAHUN 2021


IMG_5397AX.jpg

Kuala Belait, 16 Februari 2021 – Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-37 Tahun Bagi Daerah Belait diadakan di Taman Persiaran Cendera Kenangan, Jalan Sungai, Kuala Belait. Hadir menyaksikan upacara tersebut ialah Ramlee bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Belait.

Majlis dimulakan dengan kehadiran pembawa Bendera Negara Brunei Darussalam iaitu Mohammad Yassin bin Haji Ahmed, Penolong Pegawai Daerah Belait dan disambut oleh penuntut yang memegang bendera terdiri dari Kadet-Kadet Tentera dan Pasukan Pengakap sekolah-sekolah Daerah Belait.

Sebaik sahaja rombongan tiba, bacaan Surah Al-Fatihah dan Bacaan Doa Selamat diketuai oleh Awang Muhammad Nor Islam bin Mohd Suria, Imam Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan, Kuala Belait bagi memohon kepada Allah SWT agar Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-37 mendapat keberkatan dan rahmat dariNya.

IMG_5349AX.pngIMG_5351AX.png

IMG_5362AX.pngIMG_5371AXx.png

IMG_5388ax.jpgIMG_5414AX.png

IMG_5417AX.pngIMG_5419AX.jpgIMG_5421 AX.jpg

Pegawai Daerah Belait seterusnya menyerahkan Bendera Negara kepada Pasukan Polis Diraja Brunei Cawangan Kuala Belait untuk dikibarkan. Upacara Menaikkan Bendera diiringi dengan Lagu "Allah Peliharakan Sultan" dan seterusnya persembahan lagu "Bendera Negara" dari Kumpulan Koir dari Sekolah Menengah Perdana Wazir, Kuala Belait.

Selesai sahaja persembahan, Pegawai Daerah Belait menyerahkan bendera-bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu-Penghulu Mukim di Daerah Belait ini untuk dikibarkan di Mukim masing-masing.

Salah satu peranan dan tanggungjawab rakyat dan penduduk Negara ini secara individu dalam sama-sama meraikan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ialah mengibarkan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam di halaman rumah masing-masing, iaitu sebagai simbol patriotik kepada negara dan taat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan menurunkannya mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

Hadir pada majlis tersebut ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara bagi Daerah Belait, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, Penghulu Mukim Liang dan Yang Berhormat Hanapi bin Md Siput, Ketua Kampung Labi 1 selaku Pemangku Penghulu Mukim Labi. Ketua-Ketua Jabatan dan Cawangan Daerah Belait, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, pihak-pihak Swasta serta Ahli-Ahli Persatuan. 


Created at 22/01/2022 13:09 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 19/10/2022 11:41 by Mohammad Rushdi Bin Jahis