Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

LAWATAN TINJAUAN SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI KE KAWASAN-KAWASAN TERJEJAS BANJIR DI DAERAH BELAIT


LOGO JDB SMALL 2021.jpg

Ulu Belait – 07 Disember 2021 : Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Mohd. Amir Hairil bin Haji Mahmud dan Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah membuat lawatan tinjauan ke kawasan-kawasan terjejas banjir di Daerah Belait pada 07 Disember 2020.

Lawatan kerja Setiausaha-Setiausaha Tetap ke Daerah Belait hari ini adalah merupakan kesinambungan kepada lawatan ke kawasan terjejas banjir di Daerah Temburong pada 01 Disember 2020 dan Daerah Tutong pada 03 Disember 2020 bersama pegawai-pegawai Daerah selaku Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (DDMC) yang bertindak sebagai penyelaras bersama di peringkat daerah.

Sebelum meninjau ke kawasan-kawasan yang dilanda banjir, Setiausaha-Setiausaha Tetap telah mendengar penerangan dari Awang Ramlee bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Belait selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (DDMC) Belait mengenai status terkini dan tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan di kawasan-kawasan yang terjejas dengan banjir.

Laporan banjir yang diterima sejak 23 November 2020 hingga hari ini telah menjejaskan beberapa kawasan di Daerah Belait yang melibatkan sebanyak 96 buah rumah dan 380 orang penduduk kampung.  

Sebagai usaha berterusan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (DDMC) Belait dengan kerjasama pelbagai agensi-agensi Kerajaan yang berkepentingan termasuk dokongan padu dari pihak Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, akan meneruskan kerja-kerja pemantauan dan perkhidmatan bantuan kepada penduduk-penduduk pada menjaga kesejahteraan dan keselamatan mereka di kawasan-kawasan yang terjejas oleh banjir di daerah tersebut. 

Dalam lawatan ini, Setiausaha-Setiausaha Tetap juga telah berkesempatan membuat kunjungan ke beberapa buah rumah penduduk di Kampong Sungai Mau dan Jalan Kandul dan seterusnya menghulurkan sumbangan bantuan berupa catuan makanan dan beberapa barang keperluan harian kepada keluarga yang terjejas oleh kejadian banjir.

 

Hadir sama menyertai lawatan ini ialah Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput, Pemangku Penghulu Mukim Labi / Ketua Kampung Labi I, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Pegawai Daerah Belait, Pegawai Pemerintah Batalion Ke Tiga Lumut Kem, pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan agensi-agensi yang berkepentingan.


Created at 22/01/2022 12:43 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 19/10/2022 11:42 by Mohammad Rushdi Bin Jahis