Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS BERDIKIR ROMBONGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA KE MASJID DAERAH-DAERAH SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM TAHUN 1442H/2020M


IMG_4805X.jpg

Kuala Belait, Selasa, 20 Oktober 2020 – Rombongan Dikir Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya hari ini mengadakan Majlis Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallalahu 'Alaihi Wassalam ke Daerah Belait. Mengetuai rombongan ke majlis tersebut ialah Yang Mulia, Awang Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Majlis dikir ini adalah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam bagi tahun 1442H/2020M dan ianya diadakan di Masjid Kampung Bukit Sawat.

Majlis Dikir dimulai selepas Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Ketua Rombongan.




 IMG_4738X.pngIMG_4768 X.pngIMG_4770 X1.png

Majlis diteruskan dengan dikir Assalamualaika disusuli dengan dikir-dikir Syarafil Anam yang lain.

Majlis disudahi dengan bacaan dikir Marhaban beramai-ramai dan seterusnya bacaan Doa Dikir serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

 IMG_4781X.pngIMG_4799X.pngIMG_4793x.png

Rombongan berdikir KHEDN juga akan mengadakan majlis seumpama ini di beberapa masjid yang terpilih di seluruh daerah bagi sama-sama memakmurkan dan mengimarahkan masjid disamping memperbanyakkan dikir dan selawat keatas Nabi Muhammad Sallalahu 'Alaihi Wassalam.

Hadir sama di majlis berkenaan ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, selaku Penghulu Mukim Liang dan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput, selaku Pemangku Penghulu Mukim Labi, Yang Mulia Awang Azmi bin Haji Hafneh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia, Awang Ramli bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Belait, Pegawai-Pegawai Kanan KHEDN, Ketua-Ketua Jabatan di bawah KHEDN, pegawai dan kakitangan di KHEDN, pegawai dan kakitangan di Jabatan Daerah Belait, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung serta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.


Created at 16/11/2021 02:08 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 16/11/2021 02:44 by Mohammad Rushdi Bin Jahis