Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

TAMU GAYOH ANJURAN MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM BUKIT SAWAT DENGAN KERJASAMA JABATAN DAERAH BELAIT

1A.png

Kuala Belait – 4 Oktober – Majlis Perundingan Mukim Bukit Sawat telah mengadakan Tamu Gayoh yang bertempat di Taman Rekreasi Kampung Sungai Mau, Mukim Bukit Sawat. Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Awang Ramli bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Belait.


2.png

Tamu Gayoh ini bertujuan untuk memberikan lagi peluang kepada penduduk kampong meningkatkan lagi perekonomian mereka dalam menyertai acara jualan. Ianya juga bertujuan mengenalkan lagi nama Kampung Sungai Mau dan Mukim Bukit Sawat supaya lebih dikenali ramai bukan sahaja di Daerah Belait akan tetapi dikenali diseluruh Negara Brunei Darussalam.

Antara acara-acara yang diadakan selain dari jual-jualan ialah Manauthon (Walkathon), persembahan seni silat serta sukan ria. Tetamu Kehormat berkesudian menyertai acara walkathon dan turut melawat ke gerai-gerai yang menyertai jualan tersebut.

Hadir sama pada acara tersebut ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin selaku Penghulu Mukim Liang dan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput, selaku Pemangku Penghulu Mukim Labi, Penghulu Mukim Bukit Sawat serta Ketua-Ketua Kampung di Mukim Bukit Sawat, Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Belait dan juga Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim Bukit Sawat.

Dengan adanya acara ini dapatlah lagi mempereratkan lagi hubungan antara masyarakat di kampung tersebut dengan pengunjung-pengunjung yang hadir

Tamu Gayoh ini akan diadakan setiap Ahad pertama disetiap bulan.


Created at 25/09/2021 13:27 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 25/09/2021 13:30 by Mohammad Rushdi Bin Jahis