Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-74 BAGI DAERAH BELAIT TAHUN 2020


Doa1 A.png


Kuala Belait – 14 Julai - Majlis Doa Kesyukuran Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-74 bagi Daerah Belait telah diadakan di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait.


Doa2A.png

Hadir pada majlis tersebut ialah Awang Ramlee bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Belait. Turut hadir ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, Penghulu Mukim Liang dan Awang Hanapi bin Mohd Siput selaku pemangku Penghulu Mukim Labi. Hadir sama ialah ketua jabatan-jabatan kerajaan, pengetua maktab dan sekolah-sekolah menengah kerajaan dan swasta, ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung, kakitangan pelbagai syarikat swasta di daerah ini serta ahli-ahli takmir masjid berkenaan.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah dan diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat dan disudahi dengan bacaan Doa Kesyukuran yang mana doa kesyukuran dibacakan oleh Yang Mulia, Mohamad Aliyani bin Haji Ismail, Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait.

Majlis Doa Kesyukuran di daerah ini juga diadakan di Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan dan Masjid Pekan Seria.


Created at 25/09/2021 12:58 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 25/09/2021 13:06 by Mohammad Rushdi Bin Jahis