Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN YANG BERHORMAT MENTERI KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN MENINJAU RUMAH PANJANG APAK-APAK, KG BANG TAONG, MUKIM SUKANG DI DAERAH BELAIT YANG TERJEJAS OLEH KEJADIAN ANGIN KENCANG


IMG_4439a.png

Ulu Belait – 3 Ogos 2020 - Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Majlis Bencana Kebangsaan dan Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan telah membuat lawatan tinjauan ke Rumah Panjang Apak-Apak, Kg Bang Taong di Mukim Sukang, Daerah Belait yang terjejas oleh kejadian angin kencang pada 30 Julai 2020.

Tinjauan Yang Berhormat Pehin dan Yang Berhormat Dato ke Rumah Panjang Apak-Apak hari ini adalah untuk meninjau kerosakan struktur-struktur atap yang menjejaskan empat buah pintu daripada 22 buah pintu rumah panjang berkenaan oleh kejadian angin kencang yang berlaku pada petang hari Khamis 30 Julai 2020 yang lalu. Susulan daripada itu, tindakan bersepadu agensi-agensi kerajaan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Belait dengan bantuan anggota-anggota Bomba dan Penyelamat Cawangan Sungai Liang telah bertindak pada 31 Julai 2020 dengan menutup keseluruhan bahagian rumah panjang yang terjejas dengan kanvas kalis  air. Disamping itu, pihaka gensi-agensi berkenaan telah membuat penilaian lanjut bagi membaik pulih kerosakan keatas empat buah pintu yang terjejas.

IMG_4248a.pngIMG_4337a.jpgIMG_4348a.pngIMG_4122a.pngIMG_4155a.pngIMG_4166a.pngIMG_4266a.pngIMG_4271a.pngIMG_4320a.pngIMG_4279a.pngIMG_4289a.pngIMG_4316a.jpg

Semasa lawatan berkenaan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri KernaDato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah menyampaikan empat unit solar light dan alat pemadam api kepada penghuni-penghuni rumah panjang yang terjejas. Manakala, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri  Paduka Haji Abidin,  Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan juga telah menyampaikan sumbangan bantuan berupa catuan makanan dari Jabatan Pembangunan Masyarakat kepada penghuni rumah panjang yang  terjejas oleh angin kencang untuk kebajikan dan kesejahteraan mereka.

IMG_4421a.pngIMG_4471a.pngIMG_4461a.png

Hadir sama menyertai lawatan kerja tersebut ialah Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput, SetiausahaTetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai Daerah Belait, Pemangku Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Pemangku Penghulu Mukim Sukang serta pegawai-pegawai agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan.


Ihsan : Bahagian Perhubungan Awam, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Gambar : Bahagian Perhubungan Awam, Penyelidikan dan Teknologi Maklumat, Jabatan Daerah Belait


Created at 25/09/2021 10:52 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 25/09/2021 12:30 by Mohammad Rushdi Bin Jahis