Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

PENYAMPAIAN SUMBANGAN BANTUAN ASASI KEPADA MANGSA BANJIR DI MUKIM SUKANG

IMG_4565A.png

Kuala Belait – 16 September 2020 - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Belait pada hari ini telah membuat tinjauan ke kawasan-kawasan yang terjejas oleh banjir khususnya di Mukim Sukang. Lawatan diketuai oleh Yang Mulia, Awang Ramlee bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Belait selaku Pengerusi Jawatankuasa Pusat Pengurusan Bencana Daerah Belait.  Kawasan-kawasan yang dilawati termasuk Rumah Panjang Punan, Kampung Dungun dan Kampung Kuala Rawai.

 

Dalam lawatan tersebut, Pegawai Daerah Belait beserta dengan rombongan telah mengadakan perjumpaan dengan mangsa-mangsa banjir yang terjejas dan mengagihkan bantuan catuan makanan kepada mereka yang berkenaan. Sebanyak 13 buah rumah yang menerima bantuan catuan makanan iaitu 9 pintu daripada Rumah Panjang Punan, 02 buah rumah di Kampung Dungun dan 02 buah rumah di Kampung Kuala Rawai.


IMG_4561A.jpgIMG_4561A.jpg

Beberapa kawasan di Mukim Sukang telah ditenggalami air yang mana termasuklah  Klinik Sukang, Pos Polis Kampung Sukang, Rumah Persinggahan Kampung Sukang, Balai Ibadat Kampung Sukang, kawasan Sekolah Rendah Datu Maharaja Setia Dian, Kampung Dungun dan Kampung Kuala Rawai turut terjejas oleh banjir sejak 08 September 2020 yang lalu dengan kedalaman setinggi  1.8 meter. 

 IMG_4579Aa.jpgIMG_4592Aaa.jpgIMG_4602A.jpgIMG_4612A.jpgIMG_4618A.jpgIMG_4625A.jpgIMG_4638A.jpgIMG_4678A.jpgIMG_4669A.jpg

Hadir sama menyertai lawatan tersebut ialah Pemangku Penghulu Mukim Sukang, Pegawai-pegawai dan Kakitangan daripada Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Jabatan Daerah Belait, Jabatan Pembangunan Masyarakat Cawangan Daerah Belait, Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Operasi B, Kuala Belait dan Pasukan Polis Diraja Brunei.


Created at 22/09/2021 12:14 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 22/09/2021 13:26 by Mohammad Rushdi Bin Jahis