Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

UPACARA MENURUNKAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 74 TAHUN BAGI DAERAH BELAIT, 2020

IMG_3942A.png

Kuala Belait, 22 Julai 2020 – Pada hari ini bendera Negara Brunei Darussalam yang berkibar di kawasan Taman Persiaran Cendera Kenangan, Kuala Belait diturunkan bagi menandakan Sambutan Ulang  Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sulltan dan Yang Di Pertua Negara Brunei Darussalam Ke 74 Tahun Bagi Daerah Belait telah berakhir.







 IMG_3901Aa.pngIMG_3907A.jpg

Hadir selaku menyaksikan upacara penurunan bendera tersebut ialah Yang Mulia, Ramlee bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Belait. Hadir sama ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, Penghulu Mukim Liang dan Awang Hanapi bin Md Siput, Pemangku Penghulu Mukim Labi. Turut hadir ialah Ketua-Ketua Jabatan dan Cawangan Daerah Belait serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung.


IMG_3911A.jpgIMG_3949A.jpg

IMG_3986A.jpg

Upacara dimulakan dengan pasukan Penurunan Bendera Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada anggota-anggota Pasukan Polis Di Raja Brunei bergerak masuk dan selepas itu bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Haji Md Alias bin Bakar, Imam Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait.

Kemudian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam "Allah Peliharakan Sultan"  dinyanyikan. Selepas menyanyikan lagu kebangsaan, bendera diturunkan oleh Pasukan Penurunan Bendera.

Dengan adanya upacara ini orang ramai khususnya penduduk Daerah Belait hendaklah menurunkan bendera mereka pada hari ini dan hendaklah melipatnya dengan kemas serta menyimpannya ditempat yang bersesuaian.


Created at 22/09/2021 10:21 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 25/09/2021 11:04 by Mohammad Rushdi Bin Jahis