Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

UPACARA PENGIBARAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 74 TAHUN DIANJURKAN OLEH MAJLIS-MAJLIS MUKIM DI DAERAH BELAIT


LABI2 A1.jpg




KUALA BELAIT - Kesinambungan Upacara Pengibaran Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke 74 Tahun Bagi Daerah Belait, Majlis-Majlis Perundingan Mukim di daerah ini mengadakan upacara yang sama di mukim masing-masing.

Pada 8 Julai 2020, Majlis Perundingan Mukim Labi mengadakan upacara tersebut di Kawasan Letak Kereta Bangunan Pejabat-Pejabat Kerajaan Mukim Labi. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat, Awang Hanapi bin Mohd Siput, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Pemangku Penghulu Mukim Labi.

Upacara yang sama juga diadakan di Dewan Pejabat Daerah Belait Cawangan Seria dan Tetamu Kehormat ialah Awang Haji Sadin bin Haji Ibrahim, Pemangku Penghulu Mukim Seria. Manakala di Dewan Serbaguna Mukim Bukit Sawat turut mengadakannya dimana Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia, Awang Haji Md Salleh bin Hj Othman, Penghulu Mukim Bukit Sawat.




LABI1 A2.jpg


DSC03034 a1.jpg  DSC03059 a1.jpg

Pada 10 Julai 2020, Majlis Perundingan Mukim Liang mengadakan Upacara Pengibaran Bendera yang diadakan di Balai Raya Kampung Lumut I. Tetamu Kehormat yang hadir ialah Yang Berhormat, Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Liang.

 

Di Dewan Serbaguna Mukim Sukang juga turut diadakan upacara tersebut bagi Mukim Sukang dan Mukim Melilas. Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia, Awang Mohammad bin Abdullah, Pemangku Penghulu Mukim Sukang dan Melilas.

 

Turut hadir di upacara-upacara berkenaan ialah Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta penduduk di mukim-mukim berkenaan.

 

Dengan adanya upacara ini menandakan rasa syukur dan taat setia bagi penduduk di daerah ini diatas kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.




Created at 04/11/2020 12:08 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 22/09/2021 12:05 by Mohammad Rushdi Bin Jahis