Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

UPACARA PENGIBARAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE 74 TAHUN BAGI DAERAH BELAIT 1441H/2020M

IMG_3551 A.jpg

Kuala Belait, 8 Julai 2020 – Upacara Pengibaran Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-74 Bagi Daerah Belait Tahun 2020 diadakan di Taman Persiaran Cendera Kenangan, Jalan Sungai, Kuala Belait.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia, Awang Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap, Kementerin Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.




IMG_3490 A.jpgIMG_3504 B.jpg


Majlis dimulakan dengan kehadiran Tetamu Kehormat dan bacaan Surah Al-Fatihah dan Bacaan Doa Selamat diketuai oleh Awang Muhamad Hilmi bin Yakop, Imam Masjid Kampung Sungai Teraban, Kuala Belait.

Pegawai Daerah Belait seterusnya menyerahkan Bendera Besar kepada Tetamu Kehormat yang mana bendera tersebut diserahkan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei, Kuala Belait untuk dikibarkan.

IMG_3508 A.jpgUntitled-1 A.jpgz1 A.jpg

3553Z AA.jpg

IMG_3568 A.jpgIMG_3571 A.jpg

IMG_3575 A.jpg

IMG_3578 A.jpgIMG_3585 A.jpg

Selesai sahaja pengibaran bendera, Tetamu Kehormat berkenan menyerahkan bendera-bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu  dan Pemangku-Pemangku Penghulu Mukim di Daerah Belait ini untuk dikibarkan di Mukim masing-masing selepas acara ini dijalankan.

Salah satu peranan dan tanggungjawab rakyat dan penduduk Negara ini secara individu dalam sama-sama meraikan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah mengibarkan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam di halaman rumah masing-masing, iaitu sebagai simbol taat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Serta Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan menurunkannya mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung serta Ketua-Ketua Jabatan dan Cawangan jabatan kerajaan di Daerah Belait.

Bendera yang dikibarkan ini akan diturunkan pada Hari Rabu, 22 Julai 2020.


Disediakan Oleh:

Bahagian Perhubungan Awam, Peyelidikan dan Teknologi Maklumat

Jabatan Daerah Belait

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Telefon: 3334335 samb. 1113/1117/1118

Email:jdb.perhubungan.awam@live.com



Created at 25/07/2020 15:01 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 25/07/2020 15:56 by Mohammad Rushdi Bin Jahis