Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KEMPEN KEBERSIHAN MEMBERSIHKAN KAWASAN BALAI RAYA KAMPUNG SUNGAI TERABAN

IMG_2797X.png

Kuala Belait, 1 Februari – Majlis Perundingan Kampung Sungai Teraban dengan kerjasama Jabatan Daerah Belait hari ini mengadakan Kempen Kebersihan Membersihkan Kawasan Balai Raya Kampung Sungai Teraban. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Awang Ramlee bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Belait.

Balai Raya ialah tempat bagi ketua kampung berserta penduduknya berhimpun untuk membuat sebarang perjumpaan, mesyuarat dan muzakarah dan juga aktiviti perekonomian atau aktiviti lain.

 

 IMG_2803X.pngIMG_2761X.png

Pada kempen tersebut Pegawai Daerah Belait ikut serta membersihkan dan juga menanam pokok kelapa. Kempen ini telah disertai oleh pelbagai pihak dan masyarakat yang terdiri dari Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung Sungai Teraban, penduduk-penduduk kampung, kakitangan-kakitangan kerajaan dan orang-orang perseorangan.

Dengan adanya kempen kebersihan ini, diharapakan memberi kesedaran kepada masyarakat setempat akan pentingnya bagi sama-sama menjaga kebersihan dikawasan-kawasan masing-masing dan seterusnya akan dapat membudayakan amalan menjaga kebersihan dan sikap pembersih setiap masa. Ianya merupakan salah satu inisiatif Majlis Perundingan Kampung Sungai Teraban dalam menjadikan kawasan-kawaasan dan alam sekitar di kampung mereka akan lebih bersih, indah, ceria dan bebas dari tempat-tempat pembiakan nyamuk.

Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung Sungai Teraban mengharapkan agar penduduk kampung dapat sama-sama memikul tanggungjawab menjaga kebersihan dikawasan-kawasan masing-masing dan juga akan menanamkan semangat dan sikap bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dimana jua tempat setiap masa.

IMG_2820X.png

IMG_2787X.pngIMG_2815X.png

 

Created at 18/03/2020 15:02 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 18/03/2020 15:22 by Mohammad Rushdi Bin Jahis