Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

SESI DIALOG BERSAMA AGENSI-AGENSI KERAJAAN DAERAH BELAIT

IMG_2613X.png

BELAIT - Pegawai Daerah Belait serta agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan di Daerah Belait telah mengadakan sesi dialog bersama penduduk-penduduk Mukim Sukang, Mukim Melilas dan Mukim Labi khususnya penghuni-penghuni Rumah Panjang di Daerah Belait.

Pada hari Ahad, 19 Januari 2020 rombongan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Belait telah mengadakan dialog dengan penghuni-penghuni rumah panjang di Mukim Sukang dan Mukim Melilas.

 

 IMG_2639X.png

Dialog ini telah pun diadakan di Dewan Serbaguna Mukim Sukang. Beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Perkhidmatan Eletrik, Jabatan Tanah, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, hadir bagi sama-sama memberikan penjelasan dan maklumat terkini projek-projek kerajaan yang dikendalikan di Mukim Sukang dan Mukim Melilas. Selain jabatan yang disebutkan tadi, Jabatan-jabatan seperti Jabatan Perhutanan,  Jabatan Hal Ehwal Ugama dan Pusat Dakwah Islamiah juga turut serta didalam rombongan tersebut dan hadir sama pada dialog ini ialah Yang Berhormat, Awang Hanapi bin Md Siput, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Pemangku Penghulu Mukim Labi / Ketua Kampung Labi I.

IMG_2647X.jpgIMG_2653X.png IMG_2631X.pngIMG_2668X.png

Pada hari Sabtu, 8 Februari 2020, rombongan tersebut meneruskan sesi dialog bersama penduduk Mukim Labi khususnya penghuni rumah-rumah panjang di mukim tersebut. Sesi Dialog telah diadakan di Rumah Panjang Mendaram Besar, Mukim Labi. Hadir sama untuk mengikuti sesi dialog tersebut adalah penghuni-penghuni Rumah Panjang Mendaram Besar, Rumah Panjang Teraja dan Rumah Panjang Malayan. Antara-antara agensi kerajaan yang ikut serta dalam sesi dialog tersebut ialah seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Perkhidmatan Eletrik, Jabatan Tanah serta Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Jabatan Hal Ehwal Ugama. Beberapa isu-isu yang melibatkan keperluan penduduk berdekatan diutarakan seperti keperluan jalan, tandas awam dan pembersihan sungai berdekatan.

IMG_2860X.png

IMG_2864X.pngIMG_2847X.pngIMG_2890X.pngIMG_2916X.png

Pada kedua-dua sesi tersebut, penduduk-penduduk berpeluang mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan kewarganegaraan mereka dimana Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan menyediakan meja-meja pertanyaan. Manakala di Mukim Labi, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik juga menerangkan beberapa isu-isu keselamatan termasuklah penggunaan dan pemasangan elektrik yang betul dan juga menunjukkan beberapa peralatan digunakan yang boleh mengakibatkan kebakaran dan sebagainya.

Dengan adanya sesi dialog seperti ini dapatlah memberi peluang kepada penduduk-penduduk kawasan di luar bandar untuk mengenali dan memahami fungsi-fungsi setiap agensi-agensi jabatan kerajaan dan juga mendapatkan maklumat terkini mengenai apa jua projek-projek kerajaan yang dikendalikan oleh jabatan masing-masing di kawasan mereka.

Created at 18/03/2020 13:35 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 22/09/2021 14:12 by Mohammad Rushdi Bin Jahis