Kuala Belait, 12 November 2023 – Kejohanan Futsal Jabatan-Jabatan Dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Mumong, Kuala Belait. Kejohanan ini dianjurkan bersama Jabatan Daerah Belait dan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.Tetamu Kehormat pada kejohanan ini ialah Yang Mulia, Awang Abdul Walid bin Haji Metassan, Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Sebanyak 12 pasukan dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri temasuk pasukan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ikut serta pada kejohanan tersebut.
Antara tujuan mengadakan kejohanan tersebut ialah:
- Untuk meningkatkan permainan Futsal khususnya bagi mencari bakat-bakat pemain Futsal untuk mewakili Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri atau lain-lain kementerian.
- Untuk memberikan galakkan dan dorongan kepada pegawai dan kakitangan jabata-jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk sentiasa bergiat aktif dalam aktiviti bersukan terutama sekali permainan Futsal.
- Bagi menyahut seruan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat kepada pegawai dan kakitangan kerajaan.
- Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim diantara pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Juara pada kejohanan tersebut menerima Piala Pusingan sumbangan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Piala Iringan dan Wang Tunai serta Sijil Penyertaan. Naib Juara dan Tempat Ketiga menerima Piala dan Wang Tunai serta Sijil Penyertaan
Hadir sama pada kejohanan tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara bagi Daerah Belait, Pegawai-pegawai Kanan dan Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Pegawai Daerah Belait serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung di Daerah Belait.