KUALA BELAIT, 21 September 2023 - Majlis Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya bagi Tahun 1445H/2023M di Daerah Belait telah diadakan pada hari Khamis, 05 Rabiulawal 1445 bersamaan dengan 21hb. September 2023 bertempat di Masjid Sungai Teraban.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.