Kuala Belait, 16 Februari 2022 – Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-38 Bagi Daerah Belait Tahun 2022 diadakan di Taman Persiaran Cendera Kenangan, Jalan Sungai, Kuala Belait.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia, Awang Mohamad Yassin bin in Haji Ahmed, Pemangku Pegawai Daerah Belait.
![IMG_8601 W3.jpg](/PublishingImages/IMG_8601%20W3.jpg)
![IMG_8617 W4.jpg](/PublishingImages/Lists/Announcement/AllItems/IMG_8617%20W4.jpg)
![IMG_8615 W4.jpg](/PublishingImages/Lists/Announcement/AllItems/IMG_8615%20W4.jpg)
Majlis dimulakan dengan kehadiran Tetamu Kehormat dan bacaan Surah Al-Fatihah dan Bacaan Doa Selamat diketuai oleh Awang Abd. Qayyuum bin Haji Aminuddin, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid RPN Kampung Pandan, Kuala Belait.
Pemangku Pegawai Daerah Belait seterusnya menyerahkan Bendera kepada Tetamu Kehormat yang mana bendera tersebut diserahkan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei, Kuala Belait untuk dikibarkan.
![IMG_8620 W4.jpg](/PublishingImages/Lists/Announcement/AllItems/IMG_8620%20W4.jpg)
![IMG_8625 W5.jpg](/PublishingImages/Lists/Announcement/AllItems/IMG_8625%20W5.jpg)
![IMG_8628.JPG](/PublishingImages/Lists/Announcement/AllItems/IMG_8628.JPG)
Selesai sahaja pengibaran bendera, Tetamu Kehormat berkenan menyerahkan bendera-bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu dan Pemangku-Pemangku Penghulu Mukim di Daerah Belait ini untuk dikibarkan di Mukim masing-masing selepas acara ini dijalankan. Tetamu Kehormat juga turut menyampaikan bendera kepada wakil-wakil persatuan di daerah ini.
![IMG_8667 v1.jpg](/PublishingImages/Lists/Announcement/AllItems/IMG_8667%20v1.jpg)
![IMG_8674 v2.jpg](/PublishingImages/Lists/Announcement/AllItems/IMG_8674%20v2.jpg)
![IMG_8672 v3.jpg](/PublishingImages/Lists/Announcement/AllItems/IMG_8672%20v3.jpg)
![IMG_8676 v5.jpg](/PublishingImages/Lists/Announcement/AllItems/IMG_8676%20v5.jpg)
![IMG_8678 v6.jpg](/PublishingImages/Lists/Announcement/AllItems/IMG_8678%20v6.jpg)
![IMG_8680 v7.jpg](/PublishingImages/Lists/Announcement/AllItems/IMG_8680%20v7.jpg)
![IMG_8682 v8.jpg](/PublishingImages/Lists/Announcement/AllItems/IMG_8682%20v8.jpg)
![IMG_8684 v9.jpg](/PublishingImages/Lists/Announcement/AllItems/IMG_8684%20v9.jpg)
![IMG_8688 v10.jpg](/PublishingImages/Lists/Announcement/AllItems/IMG_8688%20v10.jpg)
Salah satu peranan dan tanggungjawab rakyat dan penduduk Negara ini secara individu dalam sama-sama meraikan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ialah mengibarkan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam di halaman rumah masing-masing, iaitu sebagai simbol taat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan menurunkannya mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ketua-Ketua Jabatan dan Cawangan jabatan kerajaan, Syarikat-syarikat Swasta dan Persatuan-Persatuan di Daerah Belait.
Bendera yang dikIbarkan ini akan diturunkan pada Hari Jumaat, 25 Februari 2022.