UNIT PENTADBIRAN
FUNGSI DAN PERANAN UNIT PENTADBIRAN
-
- Mengumpul dan mengemaskini Rekod-Rekod Perkhidmatan, Rekod Latihan dan penyata cuti pegawai dan kakitangan didalam fail persendirian dan didalam sistem SSM.
- Memproses persuratan-persuratan yang diterima oleh jabatan.
- Menyelaras persuratan mesyuarat, acara dan majlis rasmi.
- Meyelaras persuratan bagi Peperiksaan / Penetapan / Melanjutkan Tempoh Percubaan bagi Pegawai dan Kakitangan.
- Menyediakan dan memproses persuratan bagi kebenaran elaun-elaun bagi Pegawai dan Kakitangan.
- Memproses pengiklanan jawatan-jawatan kosong dan jawatan guna sama/bukan jawatan guna sama di Jabatan Daerah Belait untuk diiklankan/dimaklumkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
- Menyelaras panggilan telefon atau resepsi dari pihak Kementerian/Jabatan/Syarikat Swasta dan orang ramai
- Menyambut / melayan tetamu yang berurusan dengan Jabatan
- Merancang, menyelaras, menjadual dan melaksana urusan pencalonan, pemilihan dan pemprosesan pegawai dan kakitangan yang mengikuti kursus-kursus.
UNIT KEWANGAN
FUNGSI DAN PERANAN UNIT KEWANGAN
1. Memantau peruntukan-peruntukkan dan perbelanjaan jabatan
2. Mempastikan peruntukkan yang digunakan bersesuaian dengan tajuk yang dibenarkan
3. Menyediakan rang pebelanjaan tahunan jabatan
4. Menyelia dan memantau tugas-tugas harian unit kewangan
5. Menyediakan laporan kutipan dan tunggakan hasil
6. Memproses elaun-elaun pegawai dan kakitangan jabatan
7. Bertanggungjawab ke atas pembelian barang-barang kegunaan pejabat
8. Mengawal keluar masuk barang-barang yang dibekalkan
UNIT PERUMAHAN
FUNGSI DAN PERANAN UNIT PERUMAHAN
1. Pengurusan Perumahan Kerajaan dibawah kawalan Jabatan Daerah Belait.
2. Menerima dan memproses permohonan-permohonan mendiami Perumahan Kerajaan bagi Pegawai dan Kakitangan Kerajaan.
3. Menyediakan dan menyerahkan surat tawaran dan kunci Perumahan Kerajaan kepada pemohon-pemohon Pegawai dan Kakitangan Kerajaan yang telah disokong untuk mendiami Perumahan Kerajaan
melalui Jawatankuasa Peruntukan Perumahan Kerajaan Daerah Belait.
4. Menerima dan memproses aduan-aduan berkenaan dengan Perumahan Kerajaan.
5. Menyediakan dan mengeluarkan surat kiraan tunggakan kepada mana-mana penghuni Pegawai dan Kakitangan Kerajaan yang gagal membuat pemotongan gaji/pembayaran sewa Perumahan Kerajaan dan Perkhidmatan Pembuangan Sampah.
6. Menerima, memproses, membuat lawatan dan laporan bagi penghuni-penghuni Perumahan Kerajaan yang hendak mengosongkan Perumahan Kerajaan.
7. Memeriksa dan membuat laporan penyewaan rumah sewa baru kawalan Kementerian-Kementerian lain di Daerah Belait yang diterima daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN PENYELIDIKAN
FUNGSI DAN PERANAN :
FUNGSI
1. Memberigakan Dan Meningkatkan Imej Jabatan
2. Mewujudkan Rakan Strategik Dengan Pihak Yang Berkepentingan
3. Bekerja rapat dengan semua pihak media, agensi kerajaan, persatuan-persatuan, syarikat-syarikat swasta dan orang ramai.
- PERANAN
1. Merancang aktiviti-aktiviti tahunan Jabatan.
2. Mengendalikan aktiviti-aktiviti ceramah, taklimat, seminar dan bengkel mengenai Adat Istiadat bagi Kementerian-kementerian Kerajaan,
Jabatan-jabatan, Sekolah-sekolah Menengah Atas dan Bawah, Mukim-mukim, Kampung-kampung, Persatuan-persatuan dan pihak swasta di negara ini.
3. Menulis dan menerbitkan buku, kertas-kertas kerja dan rencana yang berkaitan dengan Adat Istiadat Diraja, Adat Istiadat Kebruneian dan Adat Istiadat Puak-Puak Melayu Brunei yang terdapat di negara ini.
4. Menyediakan salinan buku-buku atau artikel-artikel yang berkaitan dengan Adat Istiadat Kebruneian sama ada berupa terbitan atau yang dimuat turun daripada laman sesawang
untuk dijadikan rujukan buat para penyelidik, penuntut-penutut dan Pegawai-pegawai yang memerlukan.
5. Menyediakan Siaran Akbar Bagi Acara-Acara
6. Menyediakan Newsletter
7. Menyediakan Laman Facebook
8. Mengumpul Gambar-Gambar Acara-Acara dll.
9. Aktiviti Penyelidikan.
10. Pengendalian Tabung
11. Menyelaras Sebarang Kutipan Derma Kilat dari Kementerian dan Jabatan
12. Menyelaras Aktiviti Peringkat Kementerian-Kementerian
13. Menyelaras Aktiviti Peringkat Jabatan
TUGAS DAN PERANAN
BAHAGIAN INSTITUSI MUKIM DAN KAMPUNG
1. Bahagian Institusi Mukim dan Kampung di Jabatan Daerah Belait berperanan dan bertanggungjawab seperti:
a) Menyelaras Hal Ehwal Pentadbiran Penghulu dan Ketua Kampung.
b) Menyelaras dan memantau program dan aktiviti Kerja Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Belait.
c) Menyelaras aktiviti perekonomian Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Projek Satu Kampung Satu Produk.
d) Menyelaras lantikan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung
e) Menyelaras lantikan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Belait.
f) Memproses permohonan aduan di Kampung dan bantuan orang daif yang memerlukan.
2. Antara lain bagi mememastikan Penghulu dan Ketua Kampung serta Ketua Rumah Panjang menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan
terutama mengambil tindakan isu-isu dan masalah yang berhubung dengn masyarakat mukim dan Kampung.
3. Bahagian Sekertariat Institusi Mukim dan Kampung diketuai oleh seorang Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkt II
dengan dibantu oleh 2 (Dua) orang Penolong Pegawai Kerja Tingkat I dan 6 (enam) orang kakitangan.
UNIT PENTADBIRAN PEKERUPA DAN AKTIVITI MPMK
1. Menjaga Hal Ehwal kesejahteraan dan kebajikan Pekerupa.
2. Menyelaras pencalonan dan perlantikan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung serta Ketua Rumah Panjang.
3. Menyelaras pembubaran dan perlantikan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Ketua rumah Panjang.
4. Menyelaras kehadiran dan penglibatan Penghulu dan Ketua kampung serta Ketua Rumah Panjang dalam aktiviti-aktiviti Kebangsaan dan Kenegaraan.
5. Memantau keperluan dan perjalanan“Badan Kebajikan Pekerupa Daerah Belait”
6. Menyelaras penglibatan Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua dalam krusus-krusus dan bengkel-bengkel.
7. Menyelaras dan memantau keperluan aktiviti-aktiviti kerja MPMK yang diadakan di Mukim-Mukim dan Kampung-Kampung Daerah Belait.
8. Menyemak dan meneliti permohonan peruntukan bagi projek dan aktiviti yang dipohonkan oleh Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.
9. Menyelaras penglibatan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dalam aktiviti dan jemputan acara kementerian dan jabatan.
UNIT PEREKONOMIAN SATU KAMPUNG SATU PRODUK (IKIP)
1. Menyelaras penubuhan Satu Kampung Satu Produk di setiap kampung-Kampung Daerah Belait.
2. Membantu mengembang majukan Satu Kampung satu Produk setiap kampung.
3. Menyelaras pemohonan-pemohonan peruntukan Ketua-Ketua Kampung mengenai Satu kampung Satu Produk.
4. Menyelaras penglibatan MPMK dalam ekspo, bazaar dan penjualan Satu Kampung Satu Produk.
5. Meyelaras penglibatan MPMK dalam bengkel IKIP yang dikendalikan oleh agensi-agensi yang berkaitan.
6. Memantau kunci kira-kira penghasilan dan Lesen Perniagaan daripada Satu Kampung Satu Produk.
7. Menyelaras pemintaan produk-produk kampung yang dikehendaki dalam majlis-majlis rasmi dan lain-lain.
UNIT ADUAN ORANG RAMAI
1. Menerima aduan daripada daripada Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung serta orang ramai.
2. Menyelaras aduan-aduan yang diterima kepada agensi-agensi yang terlibat.
3. Membuat penyiasatan dan laporan aduan-aduan yang diterima.
FUNGSI :
- Penyelarasan dan memantau Projek-Projek yang dikendalikan dibawah kawalan jabatan Daerah Belait
- Membuat Pemantauan dan Pemeliharaan yang berterusan keatas aset-aset dibawah kawalan Jabatan Daerah Belait
- termasuklah bangunan-bangunan kerajaan, Dewan-Dewan Serbaguna, Balai-Balai Raya dan rumah-rumah panjang dalam keadaan bersih dan selamat.
- Pemeliharaan dan Penyediaan perkhidmatan kenderaan kepada Pegawai-Pegawai dan Kakitangan jabatan ini serta memastikan ianya selamat digunakan.
PERANAN:
- Membantu dan membina jalan-jalan kecil dibawah kawalan Jabatan Daerah Belait.
- Menjaga kebersihan kawasan lanskap dan pemotongan rumput dibawah tadahan Jabatan;
- Penyediaan bagi perkhidmatan dan pembekalan bagi projek-projek Jabatan;
- Menyelaras tenaga bantuan seperti Buruh, Tukang Kayu, Tukang Kebun, Penjaga Malam dan Pembersih;
- Menambahbaik dan membuat pembaharuan ke atas pemeliharaan dan pemuliharaan asset-aset Jabatan dari masa ke semasa.
FUNGSI DAN PERANAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN, PEMERIKSAAN DAN BENCANA :
1. Memproses dan mengeluarkan lesen EstablismenKecantikan dan Kesihatan.
2. Memproses dan mengeluarkan lesen Akta Hiburan Awam bagi perniagaan.
3. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan-peraturan berikut:
3.1 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil Penggal 30, Pindaan 2021
3.2 Peraturan Establismen Kecantikan dan Kesihatan, 2016.
3.3 Akta Hiburan Awam.
4. Menyelaraskan dan mengkordinasi District Emergency Operation Centre (DEOC) dan District Disaster Management
Committee (DDMC).
5. Menyiasat dan membuat tindakan keatas mangsa bencana alam.
6. Mengawal dan menyelia pengisian unit/ruang kedai bangunan, gerai dan tamu dibawah kawalan Jabatan Daerah Belait.