Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Institusi Mukim dan Kampung

 

TUGAS DAN PERANAN

BAHAGIAN  INSTITUSI MUKIM DAN KAMPUNG

 

1. Bahagian Institusi Mukim dan Kampung di Jabatan Daerah Belait berperanan dan bertanggungjawab seperti:

    a) Menyelaras Hal Ehwal Pentadbiran Penghulu dan Ketua Kampung.

    b) Menyelaras dan memantau program dan aktiviti Kerja Majlis Perundingan Mukim dan  Kampung Daerah Belait.

    c) Menyelaras aktiviti perekonomian Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Projek Satu Kampung Satu Produk.

    d)  Menyelaras lantikan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung

    e)  Menyelaras lantikan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Belait.

     f)  Memproses permohonan aduan di Kampung dan bantuan orang daif yang  memerlukan.

2. Antara lain bagi mememastikan Penghulu dan Ketua Kampung serta Ketua Rumah Panjang menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan terutama mengambil tindakan isu-isu dan masalah yang berhubung dengn masyarakat mukim dan Kampung.

3. Bahagian Sekertariat Institusi Mukim dan Kampung diketuai oleh seorang Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkt II dengan dibantu oleh 2 (Dua) orang Penolong Pegawai Kerja Tingkat I dan 6 (enam) orang kakitangan.


 

 

UNIT PENTADBIRAN PEKERUPA DAN AKTIVITI MPMK

 

1. Menjaga Hal Ehwal kesejahteraan dan kebajikan Pekerupa.

2. Menyelaras pencalonan dan perlantikan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung serta Ketua Rumah Panjang.

3. Menyelaras pembubaran dan perlantikan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Ketua rumah Panjang.

4. Menyelaras kehadiran dan penglibatan Penghulu dan Ketua kampung serta Ketua Rumah Panjang dalam aktiviti-aktiviti Kebangsaan dan Kenegaraan.

5. Memantau keperluan dan perjalanan "Badan Kebajikan Pekerupa Daerah Belait"

6. Menyelaras penglibatan Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua dalam krusus-krusus dan bengkel-bengkel.

7. Menyelaras dan memantau keperluan aktiviti-aktiviti kerja MPMK yang diadakan di Mukim-Mukim dan Kampung-Kampung Daerah Belait.

8. Menyemak dan meneliti permohonan peruntukan bagi projek dan aktiviti yang dipohonkan oleh Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.

9. Menyelaras penglibatan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dalam aktiviti dan jemputan acara kementerian dan jabatan.

 

UNIT PEREKONOMIAN SATU KAMPUNG SATU PRODUK (IKIP)

 

1. Menyelaras penubuhan Satu Kampung Satu Produk di setiap kampung-Kampung Daerah Belait.

2. Membantu mengembang majukan Satu Kampung satu Produk setiap kampung.

3. Menyelaras pemohonan-pemohonan peruntukan Ketua-Ketua Kampung mengenai Satu kampung Satu Produk.

4. Menyelaras penglibatan MPMK dalam ekspo, bazaar dan penjualan Satu Kampung Satu Produk.

5. Meyelaras penglibatan MPMK dalam bengkel IKIP yang dikendalikan oleh agensi-agensi yang berkaitan.

6. Memantau kunci kira-kira penghasilan dan Lesen Perniagaan daripada Satu Kampung Satu Produk.

7. Menyelaras pemintaan produk-produk kampung yang dikehendaki dalam majlis-majlis rasmi dan lain-lain.

 

UNIT ADUAN ORANG RAMAI

 

1. Menerima aduan daripada daripada Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung serta orang ramai.

2. Menyelaras aduan-aduan yang diterima kepada agensi-agensi yang terlibat.

3. Membuat penyiasatan dan laporan aduan-aduan yang diterima.