Kuala Belait, 11 Oktober 2023 – Pesuruhjaya Tinggi British Ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama John Virgoe dan isteri telah mengadakan lawatan kerja ke Daerah Belait.
Tuan Yang Terutama memulakan lawatan dengan kunjungan hormat ke Pemangku Pegawai Daerah Belait, di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Belait. Selepas kunjungan hormat, Tuan Yang Terutama mengakhiri lawatan ke Balai Raya Kg Sungai Teraban untuk melihat lebih dekat Satu Kampung Satu Produk dari Kampung Sungai Teraban, Kampung Mumong dan Rumah Panjang Melilas. Dalam lawatan tersebut Tuan Yang Terutama juga turut melihat demonstrasi membuat Umai dan Biskut Nestum dari Ahli Majlis Perundingan Kampung Sungai Teraban.