Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

LAWATAN KERJA DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK THAILAND KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, PUAN YANG TERUTAMA BOOSARA KANCHANALAI

​.


Kuala Belait, 19 September 2023 – Duta Besar Istimewa Dan Mutlak Thailand Ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai telah mengadakan lawatan kerja ke Daerah Belait.

Puan Yang Terutama memulakan lawatan dengan kunjungan hormat ke Pemangku Pegawai Daerah Belait, di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Belait. Selepas kunjungan hormat, Puan Yang Terutama meneruskan lawatan ke Balai Raya Kg Sungai Teraban untuk melihat lebih dekat Satu Kampung Satu Produk dari Kampung Sungai Teraban, Kampung Mumong dan Rumah Panjang Melilas. Lawatan berakhir di Rumah Panjang Mendaram Besar, Mukim Labi dimana Puan Yang Terutama dihiburkan dengan persembahan dari Kaum Iban dan seterusnya melihat pameran kraftangan yang di rumah Panjang berkenaan.

 


Created at 08/08/2024 14:40 by rushdi.jahis
Last modified at 08/08/2024 14:40 by rushdi.jahis