
Ke arah mempertingkatkan lagi langkah-langkah membendung penularan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dan demi kesejahteraan dan keselamatan orang awam, serta berpandukan kepada nasihat-nasihat Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa bermula pada hari ini, Khamis 01 Syaaban 1441H bersamaan 26 Mac 2020M, beberapa buah tamu di Daerah Belait akan ditutup buat sementara waktu sehingga ke satu masa yang akan dimaklumkan kemudian.
Tamu-tamu yang terlibat adalah seperti berikut:-
1. Tamuneka Sungai Bera, Seria, Daerah Belait yang beroperasi setiap hari Isnin dan Rabu;
2. Tamuneka Kawasan Letak Kereta Pasarneka, Seria, Daerah Belait yang beroperasi setiap hari Khamis dan Jumaat; dan
3. Tamuneka Kawasan Letak Kereta Pasarneka, Jalan Bunga Simpur, Kuala Belait yang beroperasi setiap hari Sabtu dan Ahad.
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan-Jabatan Daerah dan Jabatan-Jabatan Bandaran memohon kerjasama penjaja-penjaja tamu dan orang ramai agar mematuhi ketetapan yang dibuat oleh pihak kerajaan ini.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Daerah Belait di talian 3348046 atau 3348049 dan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria di talian 3330780 semasa waktu bekerja.
-TAMAT-
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Negara Brunei Darussalam
01 Syaaban 1441H / 26 Mac 2020M