Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS MEMBACA SURAH YAA SIIN DAN TAHLIL 40 HARI BAGI AL-MARHUM DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA HAJI 'ABDUL 'AZIM IBNI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH

Tahlil1 A.png

Kuala Belait – 02 Disember 2020 : Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil 40 Hari bagi Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah diadakan serentak, di kesemua masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara, hari ini.

Di Daerah Belait, majlis tertumpu di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait; Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan; dan Masjid Pekan Seria.





Tahlil2 A.pngTahlil5 A.png

Majlis di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Akup bin Haji Lamat, diikuti dengan Sembahyang Sunat Ba'diah Maghrib dan Sembahyang Sunat Hajat.

Sementara bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil, diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Daerah Belait selaku Penasihat, Awang Haji Haslan bin Haji Shahbudin.

Turut hadir ialah Awang Ramlee bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Belait; Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Pemangku Penghulu Mukim Labi; Pegawai serta Kakitangan Jabatan-Jabatan Kerajaan; serta penduduk di Daerah Belait

Al-Marhum DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim diputerakan pada Khamis, 8 Syawal 1402 Hijrah bersamaan 29 Julai 1982 Masihi, pada jam 1.30 pagi dan mangkat pada Sabtu, 7 Rabiulawal 1442H bersamaan 24 Oktober 2020M, pada jam 10.08 pagi, dalam usia 38 tahun.


Created at 16/11/2021 12:39 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 16/11/2021 13:07 by Mohammad Rushdi Bin Jahis