Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PEMBUKAAN DAN PENUTUP DIKIR DI MASJID-MASJID, SURAU DAN BALAI IBADAT SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM PERINGKAT DAERAH BELAIT BAGI TAHUN 1442H/2020M BAGI DAERAH BELAIT


LOGO MAULUD 1.jpg

BELAIT - 17 Oktober 2020 - Majlis Pembukaan Dikir Maulud bagi Rombongan Pegawai dan Kakitangan Kerajaan serta Ahji Jawatankuasa Maulud bagi Daerah Belait telah pun diadakan di Masjid Kampung Sungai Liang. Rombongan diketuai oleh Yang Mulia Awang Ramlee Bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Belait, dan disertai juga Pegawai dan Kakitangan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Ahli Jawatankuasa Kerja Sambutan, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan jemaah-jemaah masjid.

Acara dimulakan dengan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah. Majlis dikir dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Ketua Rombongan dan diikuti dengan persembahan dikir Assalamu'alaika dan Dikir Syarafil Anam. Majlis berhenti seketika bagi memberi ruang kepada azan dan seterusnya menunaikan sembahyang fardhu isyak berjemaah. Dikir diteruskan lagi dengan persembahan Dikir Asyarakal. Doa Dikir dibacakan oleh Imam Masjid berkenaan, YM Imam Mohamad Ikhwan Bin Irwandy.


DSC03256X.jpgDSC03270X.pngDSC03264X.jpg

DSC03276x.pngDSC03276x.png

Turut hadir Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid Bin Haji Mumin, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Penghulu Mukim Liang, Yang Berhormat Awang Hanapi Bin Mohd Siput, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Ketua Kampung Labi I dan Yang Mulia Awang Mohamad Aliyani Bin Ismail, Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait.

DSC03370x.png

Manakala Majlis Penutup Dikir Maulud bagi Rombongan Pegawai dan Kakitangan Kerajaan serta Ahli Jawatankuasa Maulud bagi Daerah Belait telah pun diadakan di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait. Rombongan diketuai oleh Yang Mulia Awang Ramlee Bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Belait dan disertai oleh Pegawai dan Kakitangan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Ahli Jawatankuasa Kerja Sambutan, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan jemaah-jemaah masjid.

DSC03375x.pngDSC03377x.png

DSC03406x.png

DSC03413X.pngDSC03416X.png

Acara dimulakan dengan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah. Majlis dikir dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Ketua Rombongan dan diikuti dengan persembahan dikir Assalamu'alaika. Majlis berhenti seketika bagi memberi ruang kepada azan dan seterusnya menunaikan sembahyang fardhu isyak berjemaah. Dikir diteruskan lagi dengan persembahan Dikir Asyarakal. Doa Dikir dibacakan oleh Awang Akup bin Haji Lamat, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Muhammad Jamalul Alam.

Majlis dikir di masjid-masjid diadakan serentak di seluruh negara mulai pada 01 Rabiulawal 1442H bersamaan 17 Oktober 2020 selesai menunaikan sembahyang fardhu Maghrib dan akan berlangsung selama 12 malam iaitu sehingga 12 Rabiulawal 1442H bersamaan 28 Oktober 2020.


Created at 16/11/2021 02:58 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 16/11/2021 03:59 by Mohammad Rushdi Bin Jahis