Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS KESYUKURAN SEMBAHYANG FARDHU MAGHRIB & ISYA’ BERJEMAAH, MEMBACA SURAH YAASIN DAN DO’A KESYUKURAN SEMPENA MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-36, TAHUN 1440H/2020M

IMG_0484X.png

Kuala Belait, 22 Februari – Sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana atas kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, rakyat dan penduduk di negara ini dapat hidup dalam sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera telah diadakan Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardhu Maghrib dan Isya' Berjemaah Membaca Surah Yaasin dan Do'a Kesyukuran Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-36, Tahun 1440H/2020M di seluruh masjid dan surau di daerah ini. Tumpan utama di daerah ini ialah di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia, Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmadin bin Haji Abd Rahman, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiscal), Negara Brunei Darussalam.

 

 IMG_0482X.pngIMG_0490X.png

Sembahyang Fardhu Maghrib dan Isya' diimamkan Awang Akup bin Haji Lamat, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait.

Bacaan Do'a kesyukuran dibacakan oleh Awang Mohamad Aliyani bin Ismail, Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, Penghulu Mukim Liang, Yang Berhormat Hanapi bin Mohd Siput, Pemangku Penghulu Mukim Labi. Hadir sama ialah Ramli bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Belait, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Pegawai dan Kakitangan Jabatan Kerajaan Daerah Belait, serta Ahli Takmir Masjid Muhammad Jamalul Alam.

Created at 18/03/2020 16:09 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 25/03/2020 17:14 by Mohammad Rushdi Bin Jahis