Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA MENAIKKAN BENDERA KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-36 BAGI DAERAH BELAIT TAHUN 2020

IMG_2975X.png

Kuala Belait, 16 Februari 2020 – Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-36 Tahun Bagi Daerah Belait diadakan di Taman Persiaran Cendera Kenangan, Jalan Sungai, Kuala Belait.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis iaitu Awang Ramlee  bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Belait.

Majlis dimulakan dengan kehadiran pembawa Bendera Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Mohammad  Abdul  Hadi  bin  Haji  Mohammad  Syarifuddin, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Belait.

IMG_2995X.png

 IMG_2967X.pngIMG_2949X.pngIMG_2957X.png

Di Taman Persiaran Cendera Kenangan, pembawa bendera disambut oleh penuntut yang memegang bendera terdiri dari Kadet-Kadet Polis, Kadet-Kadet Tentera dan Kadet-Kadet Bomba sekolah-sekolah Daerah Belait.

Sebaik sahaja rombongan tiba, bacaan Surah Al-Fatihah dan Bacaan Doa Selamat diketuai oleh Awang Adbul Qayyum bin Haji Aminuddin, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid RPN Pandan, Kuala Belait bagi memohon kepada Allah SWT agar Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-36 mendapat keberkatan dan rahmat dariNya.

Pegawai Daerah Belait seterusnya menyerahkan Bendera Besar kepada Pasukan Polis Diraja Brunei Cawangan Kuala Belait untuk dikibarkan.

Upacara Menaikkan Bendera diiringi dengan Lagu "Allah Peliharakan Sultan" dan seterusnya persembahan lagu "Bendera Negara" dari Kumpulan Koir dari Sekolah Menengah Perdana Wazir, Kuala Belait.

IMG_2989X.pngIMG_2971X.png

Selesai sahaja persembahan, Pegawai Daerah Belait menyerahkan bendera-bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu-Penghulu Mukim di Daerah Belait ini untuk dikibarkan di Mukim masing-masing.

Sesudah Pegawai Daerah Belait menyerahkan bendera-bendera kepada Penghulu-Penghulu Mukim di Daerah Belait, beliau seterusnya menyerahkan bendera Negara Brunei Darussalam kepada ketua peserta Program Belia Cinta Tanahair yang mana mereka akan membuat kerja-kerja kesukarelawan dan mengikuti perbarisan di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan

Salah satu peranan dan tanggungjawab rakyat dan penduduk Negara ini secara individu dalam sama-sama meraikan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ialah mengibarkan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam di halaman rumah masing-masing, iaitu sebagai simbol patriotik kepada negara dan taat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan menurunkannya mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

 

Hadir pada majlis tersebut ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara bagi Daerah Belait, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, Penghulu Mukim Liang dan Yang Berhormat Hanapi bin Md Siput, Ketua Kampung Labi 1 selaku Pemangku Penghulu Mukim Labi. Ketua-Ketua Jabatan dan Cawangan Daerah Belait, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Pengetua-Pengetua Sekolah Daerah Belait, Ketua-Ketua Syarikat, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Di Daerah Belait serta Ahli-Ahli Persatuan.

Created at 18/03/2020 15:40 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 18/03/2020 16:27 by Mohammad Rushdi Bin Jahis