Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

SETIAUSAHA TETAP–SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN MENINJAU KAWASAN BANJIR DI MUKIM BUKIT SAWAT DAERAH BELAIT


IMG_0442 a.jpg



BUKIT SAWAT, BELAIT, 28 Disember - Yang Mulia Awang Mohammad Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran Dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan telah membuat lawatan tinjauan ke kawasan-kawasan pendalaman yang terjejas dengan banjir di Mukim Bukit Sawat, Daerah Belait hari ini.  

 


Sebelum meninjau ke kawasan-kawasan yang dilanda banjir, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap telah mendengar penerangan dari Awang Abdol Hazis bin Haji Ahad, Penolong Pegawai Daerah Belait selaku Pengerusi Pusat Operasi Kecemasan Daerah mengenai status terkini dan tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan di kawasan-kawasan yang terjejas dengan banjir.


IMG_0384.pngIMG_0392.pngIMG_0382.pngIMG_0392.png

Keadaan banjir di Mukim Sukang pada masa ini dalam keadaan terkawal dan pihak DDMC Belait yang terdiri daripada pelbagai agensi telah dan sedang melaksanakan pemantauan secara berterusan sekiranya penduduk yang terjejas dan berisiko banjir memerlukan  keperluan bantuan bagi memastikan keselamatan dan  kesejahteraan penduduk kampung.

 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (DDMC) Belait dari masa ke semasa membuat  pemantauan keadaan cuaca dan paras air sungai bagi kawasan-kawasan banjir. Melalui langkah-langkah yang telah diambil dan kerjasama daripada Ketua-Ketua Kampung membolehkan DDMC Belait bertindak secara bersepadu dan sentiasa bersiap sedia dari masa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk-penduduk kampung. Beberapa buah perahu disediakan bagi kemudahan pengangkutan penduduk-penduduk kampung yang terjejas banjir. Pihak JAPEM juga menghulurkan barang catuan makanan kepada penduduk yang terjejas setiap minggu. 

 

Yang Mulia Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap telah meninjau ke beberapa kawasan terjejas banjir dan seterusnya menyerahkan bantuan catuan kepada penduduk-penduduk kampung yang terjejas banjir di Kampung Sungai Mau, Kampung Laid Lakang, Kampung Merangking Hilir dan Kampung Kandol. 


IMG_0445.pngIMG_0447.pngIMG_0411.pngIMG_0426.png

Sebanyak 13 bantuan catuan telah diserahkan kepada penduduk-penduduk kampung yang terjejas banjir iaitu lima catuan di Kampung Sungai Mau,  di Kampung Laid Lakang sebanyak dua catuan,  di Kampung Merangking Hilir sebanyak dua catuan, dan empat catuan di Kampung Kandul. Bantuan catuan tersebut diserahkan seminggu sekali oleh pihak JAPEM. 

 

Sebagai usaha bersepadu dan muafakat, agensi-agensi Kerajaan khususnya Penghulu Mukim, Ketua Kampung, Jabatan Daerah Belait, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Ambulan (EMAS), Pusat Kesihatan, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Kerja Raya, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Polis Diraja Brunei dan Jabatan Bomba dan Penyelamat sentiasa bekerjasama dan membuat pemantauan secara berterusan ke atas kawasan-kawasan yang terjejas banjir. 

 

Hadir sama menyertai lawatan kerja tersebut ialah Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput, Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga Pemangku Penghulu Mukim Labi; Awang Ramlee bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Belait; Awang Haji Mohd Salleh bin Othman, Penghulu Mukim Bukit Sawat; Awang Lim Hock Guan, Pemangku Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan; Ketua Kampung Bukit Sawat, Pemangku Ketua Kampong Merangking, serta pegawai-pegawai dari agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan iaitu Kementerian Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Jabatan Daerah Belait, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan Jabatan Pembangunan Masyarakat.​

 

Created at 30/12/2019 10:57 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 30/12/2019 11:38 by Mohammad Rushdi Bin Jahis