Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI KE MUKIM-MUKIM BUKIT SAWAT, MELILAS DAN SUKANG, DAERAH BELAIT

IMG_2259WS.jpg

KUALA BELAIT, 22OKTOBER – Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini mengadakan lawatan kerja kebeberapa buah mukim dikawasan pendalaman Daerah Belait.

Tujuan lawatan kerja ini antara lain bagi meninjau dan melihat secara dekat mengenai perkembangan dan kemudahan-kemudahan asas yang disediakan oleh pihak kerajaan di daerah ini. Lawatan tersebut juga diharapkan untuk menggalakkan penduduk kampong untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti dan program-program yang boleh menyatupadukan dan memberikan semangat perpaduan dan menggalakkan mereka untuk berkecimpung dalam perekonomian di manaterdapatpeluang-peluang yang membolehkan penduduk menggiatkan ekonomi mereka. Lawatan kerja ini akan dapat menjalin silaturahim di antara Ahli Majlis Perundingan Kampung dan pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Daerah Belait dengan pimpinan di peringkat akar umbi.

IMG_2157WS.jpgIMG_2195WS.jpg

 

Yang  Berhormat Pehin berserta rombongan melawat kekediaman Penghulu Mukim Bukit Sawat, Awang Haji Md Salleh bin Haji Othman, Pemangku Penghulu Mukim Sukang, Haji Mohd Noh bin Datu Maharaja Setia Dian dan Pemangku Ketua Kampung Merangking, Awang Raimey bin Abdullah. Pada lawatan-lawatan tersebut Yang Berhormat Pehin beramah mesra dan bertanyakan keadaan dan kesejaheraan penduduk mukim dan kampong masing-masing.

IMG_2213WS.jpg

IMG_2236WS.jpg

IMG_2299WS.jpgIMG_2307WS.jpg

Yang Berhormat Pehin berserta rombongan juga mengadakan lawatan ke Julangan Titah Rumah Panjang Melilas dan  Rumah Panjang Biadong Ulu. Di rumah-rumah panjang tersebut Yang Berhormat Pehin juga beramah mesra dengan penduduk rumah-rumah panjang berkenaan dan juga melihat hasil-hasil kraftangan yang dihasilkan yang mana kraftangan-kraftangan ini merupakan hasil tangan dari penduduk dan ianya berkualiti tinggi dan menjadi kegemaran pelancong untuk membelinya.

IMG_2175WS.jpgIMG_2291WS.jpgIMG_2168WS.jpg

Dewan Serbaguna Mukim Bukit Sawat, Dewan Serbaguna Merangking dan Dewan Serbaguna Mukim Sukang juga turut dilawati oleh Yang Berhotmat Pehin. Yang Berhormat Pehin menyaksikan kemudahan-kemudahan yang disediakan di dewan-dewan tersebut seperti gelanggang fultsal dan sepaktakraw. Kemudahan-kemudahan tersebut sedikit sebanyak membantu penduduk-penduduk mukim dan kampong untuk mengikuti gaya hidup yang sihat.

Tapak Projek Penanaman Padi Kandol juga turut dilawati Yang Berhormat Pehin. Tapak penanaman padi baharu ini adalah berikutan Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memperkenankan projek pembukaan kawasan baharu ini bagi penanaman padi secara komersial yang berkeluasan 500 hektar, yang akan dilengkapi dengan infrastruktur-infrastruktur yang bersesuaian ketika merasmikan Majlis Ilmu 2018 pada 27 November 2018 yang lalu.

Dengan adanya lawatan kerja seperti ini dihasratkan akan member peluang kepada penghulu dan ketua-ketua kampong serta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung berinteraksi serta bertukar-tukar fikiran dengan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri berserta rombongan mengenai pembangunan dan kesejahteraan penduduk di Daerah Belait.

Infrastruktur kemudahan awam seperti dewan-dewan serbaguna yang disediakan adalah diharapkan supaya penduduk-penduduk kampong dapat menggunakannya bagi memudahkan lagi mengadakan aktiviti-aktiviti samaada berbentuk kemasyarakatan, sosial, sukan dan sebagainya supaya akan dapat lagi meningkatkan perpaduan, persefahaman, keharmonian dan juga kemakmuran penduduk mukim dan kampung.

IMG_2231WS.jpg

Dengan lawatan kerja ini juga akan dapat merealisasikan program 'Satu Kampung Satu Produk' dengan kerjasama dan sokongan padu dari penduduk kampung. Majlis-Majlis Perundingan Kampung yang dilawati telah Berjaya menghasilkan produk-produk kampung.

Hadir sama dalam rombongan ialah Yang Berhotmat Awang Hanapi bin Mohd Siput, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Pemangku Penghulu Mukim Labi / Ketua Kampung Labi I, Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha (Bandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia, Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai Daerah Belait serta Pegawai-Pegawai Kerajaan yang berkaitan.

Created at 23/11/2019 15:41 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 23/11/2019 16:40 by Mohammad Rushdi Bin Jahis