Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENGUNDIAN DAN PEMILIHAN CALON PENGHULU MUKIM BUKIT SAWAT DAN KETUA KAMPUNG BUKIT SAWAT, DAERAH BELAIT

DSC01945 a3.jpg


Kuala Belait,3 Mac 2019 – Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Penghulu Mukim Bukit Sawat dan Ketua Kampung Bukit Sawat, Daerah Belait diadakan hari ini di DewanSerbaguna, Kampung Sungai Mau, Mukim Bukit Sawat.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Imam Haji Abdul Hamid bin Abas. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada Yang Mulia Awang Ridzuan bin Haji Ahmad, Pemangku Pegawai Daerah Belait selaku Pengerusi Majlis dan selepas itu ucapan dari Yang Berhormat, Awang Hanapi bin Mohd Siput, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Pemangku Penghulu Mukim Labi. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan daripada calon Penghulu Mukim Bukit Sawat, Haji Md.Salleh Bin Haji Othman dan Calon Ketua Kampung Bukit Sawat, Mohammad Bin Abdullah @ Lim Swee Ann.   

Selepas mendengarkan ucapan dari calon Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, majlis kemudiannya diteruskan dengan taklimat penerangan tatacara pemilihan dan pengundian calon oleh Yang Mulia Awang Mohammad Fadzil bin Md. Yanie, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Ketua Bahagian Institusi Mukim dan Kampung, Jabatan Daerah Belait.


Selesai sahaja taklimat penerangan tatacara dan pengundian ketua kampung, acara pengundian pun dijalankan. Setelah pengundian ditutup, majlis kemudiannya diteruskan dengan pengiraan undi dan pengumuman jumlah undi.

undi 1b.jpg

Hadir di Majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, Penghulu Mukim Liang selaku Pemangku Penghulu Mukim Bukit Sawat dan Yang Berhormat, Awang Hanapi bin Mohd. Siput, Pemangku Penghulu Mukim Labi,dan wakil dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

DSC01859 1a.jpgDSC01862 1b.jpg

Calon tunggal yang layak bagi jawatan Penghulu Mukim Bukit Sawat iaitu Yang Mulia, Awang Haji Md.Salleh Bin Haji Othman berusia 56 tahun dan merupakan bekas pesara dari Darussalam Enterprise, Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian.  Manakala calon tunggal yang layak bagi jawatan Ketua Kampung Bukit Sawat ialah Yang Mulia Awang Mohammad Bin Abdullah @ Lim Swee Ann berusia 50 tahun dan pada masa ini bertugas sebagai Atenden Jentera Tapisan Air Tingkat II di Jabatan Kerja Raya dan beliau juga memangku jawatan Ketua Kampung Bukit Sawat.

DSC01888 1c.jpgDSC01882 1d.jpg

Seramai 224 orang yang telah hadir mengundi bagi pencalonan jawatan Penghulu Mukim Bukit Sawat daripada sejumlah 420 orang yang berdaftar dan layak mengundi. Manakala bagi pengundian calon jawatan Ketua Kampung Bukit Sawat, seramai 156 orang yang hadir mengundi daripada 269 orang yang berdaftar danlayak mengundi.

Bagi pengundian calon jawatan Penghulu Mukim Bukit Sawat, seramai 157 yang bersetuju, 56 tidak bersetuju dan 11 undi rosak. Manakala bagi pengundian bagi calon Ketua Kampung Bukit Sawat seramai 151 yang bersetuju, 5 yang tidak bersetuju dan tiada undi yang rosak.

Keputusan pengundian yang diperolehi akan dibawa dan digunakan dalam menyediakan sokongan yang mana seterusnya dihadapkan kepada ke Lembaga Perjawatan, Disiplin, Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses yang selanjutnya.


Created at 04/03/2019 16:50 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 04/03/2019 17:04 by Mohammad Rushdi Bin Jahis