Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA MENAIKAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-35 BAGI DAERAH BELAIT

DSC03099A.jpg



Daerah Belait, Sabtu, 16 Februari - Di Daerah Belait, upacara Menaikkan Bendera NBD diadakan di Taman Persiaran Cendera Kenangan, Jalan Sungai, Kuala Belait. Hadir bagi menyaksikan acara tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Ridzuan bin Haji Ahmad.

Majlis dimulakan dengan kehadiran pembawa Bendera Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah Belait, Awang Abdol Hazis bin Haji Ahad. Pembawa bendera disambut oleh penuntut yang memegang bendera terdiri dari kadet-kadet Polis, kadet-kadet Tentera dan kadet-kadet Bomba sekolah-sekolah Daerah Belait.



DSC02901A.jpgDSC02917A.jpgDSC02901A.jpgDSC02911A.jpg

Sebaik sahaja rombongan sampai, bacaan Surah Al-Fatihah dan Bacaan Doa Selamat diketuai oleh Ketua Imam Masjid RPN Pandan, Kuala Belait, Awang Haji Noor Azhar bin Haji Harith bagi memohon kepada Allah Subhanahu Wata'ala agar Sambutan Hari Kebangsaan NBD Ke-35 mendapat keberkatan dan rahmat dari-Nya.

DSC02935A.jpgDSC02974A.jpgDSC03048A.jpg

Seterusnya Pemangku Pegawai Daerah Belait menyerahkan Bendera Besar kepada PPDB, Cawangan Kuala Belait untuk dikibarkan. Upacara Menaikkan Bendera diiringi dengan Lagu ''Allah Peliharakan Sultan'' dan seterusnya persembahan lagu ''Bendera Negara'' dari Kumpulan Koir Permata 2.0 dari Mukim Seria, juara Pertandingan Koir Lagu-lagu Patriotik Antara Mukim-mukim di Daerah Belait bagi Program Semarak Pengibaran Bendera Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD Ke-35 Tahun 2019 anjuran Jabatan Penerangan.

DSC03055A.jpgDSC03091A.jpg

Selesai persembahan, Pemangku Pegawai Daerah Belait menyerahkan bendera-bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu-penghulu Mukim di Daerah Belait itu untuk dikibarkan di Mukim masing-masing.

Selesai acara menyerahkan bendera-bendera kepada Penghulu-penghulu Mukim di Daerah Belait, Pemangku Pegawai Daerah Belait seterusnya menyerahkan bendera Negara Brunei Darussalam kepada ketua peserta Program Belia Cinta Tanah Air yang mana mereka akan membuat kerja-kerja kesukarelawan dan mengikuti perbarisan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara bagi Daerah Belait, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, Penghulu Mukim Liang selaku Pemangku Penghulu Mukim Bukit Sawat dan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput, Ketua Kampung Labi 1 selaku Pemangku Penghulu Mukim Labi; Ketua-ketua Jabatan dan Cawangan Daerah Belait, Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung, Pengetua-pengetua sekolah Daerah Belait, Ketuaketua Syarikat, Ahli-ahli MPMK di Daerah Belait serta Ahli-ahli Persatuan.

1A.jpg

Dengan berkibarnya bendera besar di ibu negara dan di daerah-daerah, rakyat dan penduduk di negara ini adalah diseru untuk mengibarkan bendera di rumah kediaman masing-masing dan bangunan-bangunan pejabat dan perniagaan serta pemasangan dan penyalaan lampu-lampu cucul di bangunan-bangunan kerajaan dan sektor swasta mulai hari ini hingga 25 Februari 2019. Pengiran-Pengiran adalah dikehendaki mengibarkan bendera peribadi, orang-orang yang dikurniakan gelaran mengibarkan bendera masing-masing dan bagi orang ramai pula hendaklah mengibarkan bendera NBD. Setiap bendera yang dikibarkan hendaklah mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan dengan memastikan bendera tersebut dalam keadaan baik, tidak pudar warnanya dan tidak koyak.


Created at 04/03/2019 10:53 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 07/03/2019 16:41 by Mohammad Rushdi Bin Jahis