Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

BENGKEL MEREKABENTUK LAMAN SESAWANG

WEB1A.jpg

Salah satu inisiatif AITI dengan kerjasama Jabatan Daerah Belait untuk mempromosikan kepentingan dan kegunaan ICT kepada orang ramai adalah mengadakan Bengkel mereka bentuk laman web (Web Design Workshop).  

Bengkel tersebut telah dihadiri ole beberapa orang Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) Daerah Belait khusus pengusaha Satu Kampung Satu Produk (1K1P) dan Pegawai serta kakitangan Jabatan Daerah Belait berlangsung selama dua hari bermula pada 6hb. Februari dan berakhir pada 7hb. Februari 2019 bertempat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Belait. 

Para peserta telah memperaktikkan apa yang telah dipelajari dalam kursus-kursus AITI sebelum ini dalam membentuk laman sesawang dengan menggunakan software "Mobiriser Maker" yang mudah digunakan dan difahami.  Mereka juga diajar bagaimana merekaletak, pautan yang berstruktur dan susunatur yang menarik mengikut kreativiti masing-masing

Dengan adanya program seperti ini, para peserta diharap akan dapat memanfaatkan apa yang telah diajarkan dan seterusnya mempertingkatkan lagi pengetahuan menerusi pengalaman akan datang dalam apa jua bidang pemasaran secara on-line khususnya Pengusaha-Pengusaha Satu Kampung satu Produk (1K1P).

WEB1B.jpg WEB1C.jpg

Created at 13/02/2019 15:32 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 13/02/2019 15:37 by Mohammad Rushdi Bin Jahis