Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

47 Pasukan Daerah Belait meriahkan Perhimpunan Maulud Nabi

3a.JPG

Perhimpunan yang diadakan di Padang Bandaran Kuala Belait itu dihadiri oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman selaku tetamu khas.

Majlis dimulakan dengan bacaan sebahagian daripada ayat-ayat suci Al-Quran Surah An-Nisaa bermula daripada ayat 58 ingga 63 oleh Graduan Sarjana Muda Aqidah dan Dakwah, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Awang Abdul Qawiyuddin bin Suhaili.

Diikuti dengan Tazkirah Khas bertajuk Tarbiyah Rasullulah Membawa Rahmat dalam Berkeluarga yang disampaikan oleh Da'ie Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei, Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak yang juga Pengasas Bersama Al-Minhaj Centre.

 

1a.JPG

Majlis perhimpunan bagi Daerah Belait turut diserikan dengan persembahan Dikir Marhaban oleh Gabungan Pegawai-Pegawai Masjid, Guru-Guru Ugama dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Daerah Belait dan diikuti dengan seruan selawat sebanyak tiga dan Sayyidul Istighfar yang dikepalai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Pekan Seria, Awang Aminorddin bin Haji Mohd. Yussof.

Terdahulu, tetamu khas diperkenalkan kepada ketua-ketua pasukan dan seterusnya menyampaikan sijil-sijil penyertaan kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

2a.JPG

Sebanyak 47 buah pasukan dengan keramaian peserta seramai 4,387 orang mewakili pasukan beruniform, sekolah rendah, sekolah ugama, sekolah arab, sekolah menengah, Institusi Pengajian Tinggi Kerajaan dan Swasta, jabatan-jabatan kerajaan, syarikat-syarikat swasta, masjid-masjid, surau-surau, balai-balai ibadat, Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.

perarakan sejauh 3.4 kilometer melalui jalan-jalan utama di Daerah Belait bermula di Jalan Sultan, Jalan Maulana, Jalan Panglima, Jalan Bunga Raya, Jalan Dato Shahbandar dan berakhir di Jalan Sultan.

Antara yang hadir menyertai perhimpunan Maulidur Rasul peringkat Daerah Belait ialah Ahli-ahli Majlis mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin selaku Penghulu Liang / Pemangku Penghulu Mukim Bukit Sawat dan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput selaku Pemangku Penghulu Mukim Labi / Ketua Kampung Labi I  serta Pemangku Pegawai Daerah Belait, Yang Mulia, Awang Ridzuan bin Haji Ahmad.

Created at 21/11/2018 16:17 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu
Last modified at 10/12/2018 13:20 by Mohammad Rushdi Bin Jahis