Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Perhimpunan Wanita sempena Maulidur Rasul, Daerah Belait

WhatsApp Image 2018-11-20 at 5.16.44 PM.jpeg

​Acara utama pada Majlis Perhimpunan Maulidur Rasul tersebut ialah perkongsian ilmu melalui Ceramah yang bertajuk 'Tarbiyah Rasulullah Membawa Rahmat dalam berkeluarga', iaitu selaras dengan tema Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallhu Alaihi Wasallam pada tahun ini.

Hadir selaku tetamu khas ialah isteri Menteri Pendidikan, Datin Dayang Hajah Razina binti Haji Kassim.

Ceramah tersebut disampaikan oleh Penceramah dari Al-Minhaaj Centre, Dayang Zati Hanani binti Dato Seri Setia Haji Rajid.

Acara dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Guru Ugama Terlatih, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Dayang Roslina binti Haji Timbang.

WhatsApp Image 2018-11-20 at 5.16.51 PM.jpeg

Seterusnya diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Dayang Rohhaslinda binti Haji Yahya, selaku Pengerusi Bersama Majlis Perhimpunan Wanita Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallhu Alaihi Wasallam Peringkat Daerah Belait Tahun 1440H / 2018M.

Acara turut diserikan dengan beberapa persembahan bercorak keagamaan yang dipersembahkan oleh guru-guru ugama, Jabatan Pengajian Islam Daerah Belait dan gabungan pelajar-pelajar sekolah menengah Daerah Belait, Ahli-Ahli Persatuan Wanita, Biro-Biro Wanita Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Muslimah-muslimah dan Saudara-saudara Baharu Daerah Belait.

Doa dibacakan oleh Pegawai Pelajaran Ugama dan Guru Besar Sekolah Ugama Sungai Teraban, Kuala Belait, Dayang Hajah Rohani binti Moksin.

Created at 21/11/2018 15:45 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu
Last modified at 21/11/2018 16:19 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu