Kejohanan ini telahpun bermula dari 20 Februari yang lepas dan ianya telah disertai oleh 11 buah pasukan. Antara tujuan mengadakan kejohanan ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan dan silaturrahim dikalangan semua pemain badminton khususnya di Daerah Belait disamping beramah mesra diantara satu sama lain di dalam satu perlawanan. Disamping itu juga, kejohanan ini juga menggalakkan penduduk-penduduk di Daerah Belait menjadi lebih aktif dalam bersukan demi untuk kesihatan dan kecergasan tubuh badan serta membantu perkembangan sukan badminton di daerah ini.
Pada perlawanan akhir ini mempertemukan Suka-Suka 'A' Badminton Team berlawan dengan Bravery. Diakhir perlawanan tetamu kehormat berkesudian untuk menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.
Hadir sama pada majlis ini ketua-ketua jabatan dan cawangan Daerah Belait, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung Pandan 'C' serta peminat-peminat sukan badminton.